========================
Chicken Pox VS Chicken Chop
========================
Kadang-kadang ada juga pesakit yang datang sebab katanya anak kena demam campak walaupun sebenarnya sakit chickenpox. Selain demam campak, macam-macam lagi terminologi yang ramai orang salah tafsir. Ada yang panggil cacar air, kayap, kayap ular, measles dan sebagainya. Dan yang paling tersasar adalah chicken chop. Hehe.
Chickenpox adalah berpunca daripada Varicella Zoster Virus (VZV). Ia merebak melalui udara apabila pesakit batuk atau bersin, dan boleh merebak melalui direct contact dengan cecair blister.
Macam mana nak bezakan antara chickenpox dengan penyakit lain (measles, kayap, viral exanthem etc)? Biasanya, chickenpox menyebabkan demam tinggi dan naik ruam di kulit. Ruam chickenpox progress dengan cepat. Tak sampai 24 jam, ruam-ruam merah boleh transform menjadi blister (aka vesicles). Blister ni akan pecah, berair, dan akhirnya berkuping (crusted).
Kebanyakan pesakit chickenpox akan pulih selepas 1 minggu. Tetapi ada juga yang ambil masa lebih dari seminggu. Dan yang paling risau adalah kalau berlaku komplikasi seperti jangkitan bakteria pada kulit, jangkitan darah, radang paru-paru dan radang otak.
Bagi langkah pencegahan, pesakit wajib dikuarantin di rumah untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain. Langkah pencegahan kedua adalah melalui suntikan vaksin. Tujuan utama vaksin adalah untuk mencegah komplikasi chickenpox. Vaksin chickenpox adalah 95% effective untuk mengelakkan moderate to severe infection. Namun begitu di Malaysia, vaksin chickenpox masih belum diwajibkan tidak seperti di negara-negara lain.
Kanak-kanak yang sudah menerima vaksin chickenpox masih ada kemungkinan untuk mendapat chickenpox. Tetapi penyakitnya adalah lebih ringan/mild, ruam blister tak banyak, demam tak tinggi dan pulih dengan lebih cepat.
Jadi, kalau anda dah terkena chickenpox, anda akan diberikan cuti/MC sekurang-kurangnya 5 hari. Pastikan sebab cuti sakit adalah chickenpox, bukan chicken chop ya, hehe.
Sebarang pertanyaan tentang vaksin boleh contact Klinik hero di talian http://www.wasap.my/60109285854 / 0367318345
Panel :
Senarai Panel
Klinik beroperasi setiap hari dari jam 8pg-10mlm.
Alamat : Klinik Hero wangsa walk 22-G Jalan wangsa Delima 11, D'wangsa, wangsa maju 53300 kl.
GPS coordinate : 3.197443, 101.741093
Jom sihat bersama2. Like & Share
Layari
http://klinikhero.blogspot.com
Lets be our heroes.Lets be a hero.
#healthMetrics
#emas
#perkeso
#klinikhero
#sedutkahak
#suntikumrah
#umrah2018
#wangsamaju
#wangsawalk
#vaksin
#synflorix
#prevenar
#cucitelinga
#pmcare
#ctdk
#redalert
#typhoid
#nandos
#starbucks
#khatan
#sunat