Wednesday, July 3, 2019

INFLUENZA Klinik Hero

Anak saya dah ambil vaksin pneumococcal, tapi masih dapat demam tinggi?
.
Nantikan jawapannya di akhir entry.
.
INFLUENZA
==========
Hari ni doc nak cerita sikit tentang influenza atau nama glamour nya ‘flu’. Masih ingat lagi H1N1 outbreak (atau lebih tepat pandemic) yang berlaku pada tahun 2009?
.
Influenza melibatkan jangkitan hidung tekak dan paru-paru. Bayi / toddler yang dijangkiti influenza kemungkinan besar kena admit wad kerana demam terlalu tinggi, dehydrated, kerap muntah dan kurang selera makan.
.
Influenza kebiasaannya bermula dengan demam tinggi secara mengejut dan sekurang-kurangnya 2 simptom berikut:
1) Sakit-sakit otot dan sendi
2) Sakit kepala
3) Batuk dan nafas berbunyi
4) Sakit tekak dan selesema
5) Lemah dan kurang bertenaga
6) Loya, muntah dan/atau cirit-birit
.
Influenza adalah lebih serius di kalangan kanak-kanak yang mengalami sakit kronik seperti:
1) Penyakit paru-paru kronik (e.g. asthma)
2) Penyakit jantung
3) Penyakit saraf atau metabolic
4) Penyakit hati dan buah pinggang
5) Kencing manis
.
FLU SHOT
=========
Cara paling efektif untuk mengelakkan jangkitan flu adalah dengan vaksin influenza. Vaksin influenza boleh diberi seawal umur 6 bulan. Perlu 2x suntikan kalau umur kurang daripada 9 tahun dan belum pernah ambil suntikan flu.
.
Kalau anak anda mengalami penyakit kronik seperti yang disenaraikan di atas, suntikan influenza amat digalakkan. Ahli-ahli keluarga juga digalakkan untuk ambil vaksin influenza.
.
Disebabkan virus influenza boleh bermutasi setiap tahun, maka anak perlu ambil vaksin influenza 1x setahun (batch vaksin terkini akan keluar setiap tahun).
.
Jadi, berbalik kepada soalan awal tadi.
.
Anak saya dah ambil vaksin pneumococcal, tapi masih dapat demam tinggi?
.
Pneumococcal vaccine melindungi daripada jangkitan bakteria Streptococcus pneumonia, bukan virus. Anak anda mungkin mendapat jangkitan kuman selain daripada bakteria Streptococcus. Mungkin virus influenza. Bakteria dan virus adalah kuman yang berbeza.
.
Kalau ada apa-persoalan, sila PM atau tinggalkan soalan di ruangan komen untuk manfaat semua.
.
Waktu operasi Klinik Hero:
Setiap hari jam  8 pagi - 10 malam 
☎️ Call / whatsapp: 010-928 5854 / 03-6731 8345


Jom sedut kahak di Klinik Hero Jom dpt kan vaksin pneumococcal di klinik hero. Follow fb/ig klinik hero utk info lanjut. #pneumococcal #umrah #typhoid #wangsawalk #wangsamaju #flu #hepB #sedutkahak #infanrix #6in1 #synflorix #fomema #gdl #pekaB40 #influanze #flu


ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...