Sunday, October 25, 2020

Promo untuk Ubat Batuk PROSPAN

 Assalamualaikum kepada semua, 


Klinik Hero ingin war-warkan bermula 10/2020 kepada sesiapa yang berhajat untuk dapatkan ubat batuk jenama PROSPAN, boleh dapatkan di Klinik Hero dengan harga promo sehingga stok clear. 


Dapatkan SEGERA di sini !!

Sebarang pertanyaan, boleh terus wasap nombor klinik www.wasap.my/+60109285854/PROSPANpromo



Kuning Bayi (jaundice) dan test air kencing

Assalamualaikum


Klinik Hero ingin war-warkan bermula  bulan 10/2020 kami mengalu-alukan kedatangan ibu ayah yang ingin membuat test kuning utk bayi mereka disini. Kami sudah mempunyai mesin test kuning bayi. InsyaAllah harga berpatutan. Boleh walk in sahaja dan result akan dapat dlm 5minit. Test darah ini sama seperti di KKIA. 


Selain dari itu, mesin test air kencing pun sudah ada. Boleh datang kepada yang nak test air kencing. Juga test darah, denggi, influenza dan lain-lain.


Sebarang pertanyaan, boleh hubungi, www.wasap.my/+60109285854



Thursday, July 23, 2020

Suntikan Vaksin Influenza Berjemaah

Alhamdulillah

Semalam doc sempat singgah ke pejabat Maxvec di Wangsa 118 untuk suntikan influenza secara berjemaah.

Seramai lebih kurang 30 org lebih yang ambil vaksin ini.
.
Sesiapa yang berminat untuk vaksin berjemaah, boleh booking dulu ya. Jumlah minimum adalah 20 orang untuk vaksin berjemaah.

Terima Kasih jemput Doc ke sana. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan suntikan influenza atau Typhoid, boleh hubungi klinik 0109285854 untuk pertanyaan dan booking. 





Monday, June 22, 2020

Suntikan Typhoid by Klinik Hero


Alhamdulillah.


SUNTIKAN TYPHOID BERJEMAAH


Semalam 22JUNE2020, Doc dijemput ke Restoran #dtasikkeramat utk bagi suntikan #typhoid kepada 10 org staff mereka. Menitik air mata staff situ sebab kena cucuk. 😅 

Bagus owner restoran ni memikirkan kesihatan staff dia dan juga memudahkan mereka untuk ambil suntikan ni. Doc juga nak mudahkan owner kedai, jadi Doc pergi sana terus la.

Selain dari tu, Doc dapat undangan untuk suntik typhoid bagi pengusaha catering ZF Caterer. Alhamdulillah semua berjalan lancar. 

Terima kasih pilih #klinikhero . Semoga restoran D'Tasik Keramat dan ZF Caterer terus success. Doc tak sempat nak order makan. InsyaAllah nanti Doc singgah makan. 😊



Kepada yang nak Doc ke tempat mereka, boleh la wasap/kol klinik.

Untuk sebarang pertanyaan boleh contact atau wasap klinik terus www.wasap.my/+60109285854

#typhoid #covid_19 ##vaksinmurah #influenza #klinikhero #wangsamaju














Sunday, May 31, 2020

Blood Test Murah RM80 Klinik Hero

PROMOSI RAYA DATANG LAGI 🎉🎊
.
Lepas 6 hari beraya ni, doc yakin 4 daripada 5 orang akan mengalami pertambahan berat badan.
.
Doc sendiri ah cuba tekad untuk pantang makan, tapi sebab nak jaga hati si tukang masak, telan jugak lah ye. Hihi. 🤣🤣
.
Lepas raya ni, doc cadangkan anda buat pemeriksaan kesihatan secara berkala.
.
Setiap 6 bulan, datang ke klinik untuk cek tekanan darah, kolesterol, gula, buah pinggang, hati dan lain-lain. Baru lah tubuh badan tip top !
.
Jangan ingat orang obes je yang ada kolesterol tinggi. Zaman sekarang orang badan sederhana pun ada kolesterol tinggi. Ni semua sebab faktor pemakanan, cara hidup dan sebagainya.
.
Mulai hari ni, doc ada promosi blood test. Kita cek semua apa yang patut. Demi kesihatan tubuh badan.
.
Ingat, once dah kena kencing manis atau darah tinggi, sukar untuk kita patah balik jadi normal. Sebabnya organ dalaman dah rosak.
.
Kalau kereta rosak, takpe lagi, ada spare part (made in china pun boleh). Tapi once organ dalaman dah rosak, bak kata pepatah ore kelate, sorry to say, no turning back ye.
.
Hanya RM 80 sahaja anda boleh mengetahui status kesihatan badan. Dari situ kita dah boleh sasarkan, apa target kita. Samada nak turunkan kolesterol, gula atau uric acid.
.
Keputusan darah siap paling awal 1 hari kemudian.



.
#klinikhero #wangsamaju #wangsawalk #bloodtest #diabetes #hypertension

Thursday, May 21, 2020

PROMO VAKSIN Chicken Pox dan Influenza

Assalamualaikum

Kepada semua pembaca,

Doc nak bagitahu Klinik Hero ada buat promo vaksin untuk chicken pox RM98/dose sehingga bulan 6 tahun 2020 dan juga PROMO vaksin influenza RM60/pax atau RM100 untuk 2 orang.

Kepada sesiapa yang nak dapatkan suntikan vaksin ini, boleh wasap atau call klinik hero www.wasap.my/+60109285854/promoVaksin



Saturday, May 9, 2020

COVID RAPID TEST VS RT-PCR TEST

⭐️ COVID RAPID TEST VS RT-PCR TEST
.
Sejak wabak COVID-19 semakin menular, makin banyak pengeluar yang menghasilkan test kit untuk menentukan samada seseorang itu positif atau negatif virus COVID-19. 
.
Setakat ni, pihak KKM hanya mengiktiraf RT-PCR swab test sebagai gold standard. Apa bezanya rapid antibody test dan RT-PCR test?
.
Rapid test antibodi hanya detect antibodi yang dihasilkan oleh badan. Antibodi ini dinamakan IgG dan IgM.
.
IgG = menunjukkan seseorang pernah kena infection sebelum-sebelum ni 
IgM = menunjukkan seseorang dapat infection baru-baru ni (acute infection)
.
Malangnya, antibodi hanya dapat dikesan oleh rapid test lebih kurang SEMINGGU selepas seseorang dijangkiti virus (rujuk gambar di bawah).
.
RT-PCR test pula tak detect antibodi. Ia detect antigen virus, iaitu komponen virus tu sendiri. 
.
Kelebihan utama RT-PCR di sini ialah, ia mampu mengesan antigen virus seawal hari pertama infection. RT-PCR test biasanya dilakukan di hospital.
.
⭐️ Senario 1:

Alam Nur (bukan nama sebenar) telah diarahkan oleh majikannya untuk membuat ujian saringan COVID-19. Beliau hanya buat rapid antibody test dan mendapati antibodi IgG dan IgM NEGATIF. Beliau sangat teruja kerana boleh bekerja esok. 
.
Lima hari kemudian, rakan sekerja beliau, Bilal Miah (bukan nama sebenar) mengalami simptom demam, batuk dan sesak nafas. Beliau pergi ke Hospital Kuala Lumpur untuk buat RT-PCR swab test. Malangnya, keputusan beliau positif COVID!
.
Mungkinkah Bilal dijangkiti virus COVID daripada Alam Nur?
.
Sebenarnya, Alam Nur mungkin telah dijangkiti virus COVID walaupun tidak menjukkan sebarang simptom. Antibodi IgG dan IgM hanya positif 7 HARI SELEPAS DIJANGKITI VIRUS. 
.
Jadi, IgG dan IgM negatif tempoh hari hanyalah FALSE IMPRESSION bahawa beliau kononnya ‘bebas COVID’.
.
Solusinya, Alam Nur seharusnya menjalani RT-PCR swab test. Untuk lebih accurate, RT-PCR perlu dibuat bersama rapid antibodi test.
.
Kesimpulannya, setiap test ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Setiap pengguna / pesakit perlu cakna tentang keberkesanan sesuatu test untuk mengelakkan salah faham. 

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi / whatsapp:
☎️ 010-928 5854
☎️ 03-6731 8345
.
#klinikhero #wangsamaju #wangsawalk #covid19 #rapidtest

Tuesday, May 5, 2020

Covid19 dan PKP,PKPD,PKPB

Assalamualaikum semua. 
Bermula 4 Mei 2020, Kerajaan telah membenarkan pengoperasian bagi beberapa sektor untuk menjana kembali ekonomi negara. Tetapi memerlukan beberapa syarat dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. 
Dengan itu, mulai hari ni, SELASA 5 MAY 2020 Klinik Hero buka seperti biasa, setiap hari 8 pagi - 10 malam 😁

Kepada yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin, typhoid dan lain boleh datang ke klinik hero. InsyaAllah stok masih ada.

Selamat berpuasa kepada semua dan jaga kesihatan,kebersihan diri. 
#pneumococcal #umrah #typhoid #wangsawalk #wangsamaju #flu #hepB #sedutkahak #infanrix #6in1 #synflorix #gdl #fomema #pekaB40 #covid19

Monday, January 20, 2020

Bagaimana Influenza merebak?



⭐️ AIRBORNE
.
🔈 Apabila seseorang dalam keluarga disahkan mengalami influenza, semua ahli keluarga yang tinggal sekali berkemungkinan besar akan mendapat influenza.
.
🔈 Sebabnya influenza boleh merebak dan menjangkiti orang lain melalui AIRBORNE
.
🔈 AIRBORNE bermaksud virus influenza boleh terapung di udara selama 3 jam hingga 24 jam.
.
🔈 Virus influenza juga boleh kekal di atas permukaan keras e.g. meja, tombol pintu sehingga 24 – 48 jam,


Di atas kain atau baju selama 8 – 12 jam,

Dalam tangan selama 5 minit
.
🔈 Disebabkan kes influenza semakin menular, sila ambil langkah berjaga-jaga:

Pakai face mask

Elakkan tempat sesak / ramai orang

Kerap basuh tangan
.
🔈 Kalau stok vaksin influenza dah sampai nanti , InshaAllah doc akan umumkan secepat mungkin

.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi / whatsapp:
☎️ 010-928 5854
☎️ 03-6731 8345
.
#influenza #flu #fluhalt #oseltamivir #pneumococcal #pneumokokal #prevenar #synflorix #chickenpox #sedutkahak #klinikhero #wangsamaju #wangsawalk


Ubat Antiviral untuk Influenza

Assalamualaikum,
.
Disebabkan virus influenza masih lagi berleluasa, doc sarankan sesiapa yang mengalami simptom-simptom influenza untuk menjalani ujian influenza (influenza rapid test)
.
Kalau ada ahli keluarga / housemate / office mate yang telah disahkan positif influenza, anda sangat berisiko untuk dapat influenza
.
Kalau disahkan positif, sila dapatkan ubat antiviral
.
Rawatan ubat antiviral adalah sangat efektif dalam tempoh <48 jam daripada bermulanya simptom influenza
.
Ubat antiviral adalah sangat penting terutamanya kepada golongan kanak-kanak <2tahun, warga mas >65 tahun dan mereka yang mengalami sakit kronik (kencing manis, sakit buah pinggang / jantung dan lain-lain)
.
#influenza #oseltamivir #tamiflu #fluhalt #klinikhero #wangsamaju


APA YANG MENYEBABKAN VAKSIN ROSAK?

APA YANG MENYEBABKAN VAKSIN ROSAK?
.
⭐️ Tiada penjagaan yang betul. Vaksin perlu disimpan di dalam peti sejuk pada suhu 2 hingga 8 darjah Celcius.
.
⭐️ Semua vaksin hilang potensinya selepas tarikh luput
.
⭐️ Panas cahaya matahari boleh merosakkan kesemua vaksin terutamanya polio, campak dan BCG
.
⭐️ Pembekuan atau terlalu sejuk akan menyebabkan vaksin DTaP dan tetanus toxoid rosak
.
⭐️ Suhu peti sejuk yang tidak mengikut piawaian sepatutnya iaitu 2 hingga 8 darjah Celcius (vaksin akan rosak jika dibiarkan di luar peti sejuk terlalu lama)
.
⭐️ Penjagaan cold chain adalah sangat penting untuk memastikan vaksin tidak rosak
.
⭐️ Suhu 2-8 darjah Celcius perlu dioptimakan sebaik mungkin daripada vaksin mula dihasilkan di kilang sehingga vaksin disuntik ke dalam otot pesakit
.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi / whatsapp:
☎️ 010-928 5854
☎️ 03-6731 8345
.
#influenza #flu #fluhalt #oseltamivir #pneumococcal #pneumokokal #prevenar #synflorix #chickenpox #sedutkahak #klinikhero #wangsamaju #wangsawalk

ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...