Saturday, May 9, 2020

COVID RAPID TEST VS RT-PCR TEST

⭐️ COVID RAPID TEST VS RT-PCR TEST
.
Sejak wabak COVID-19 semakin menular, makin banyak pengeluar yang menghasilkan test kit untuk menentukan samada seseorang itu positif atau negatif virus COVID-19. 
.
Setakat ni, pihak KKM hanya mengiktiraf RT-PCR swab test sebagai gold standard. Apa bezanya rapid antibody test dan RT-PCR test?
.
Rapid test antibodi hanya detect antibodi yang dihasilkan oleh badan. Antibodi ini dinamakan IgG dan IgM.
.
IgG = menunjukkan seseorang pernah kena infection sebelum-sebelum ni 
IgM = menunjukkan seseorang dapat infection baru-baru ni (acute infection)
.
Malangnya, antibodi hanya dapat dikesan oleh rapid test lebih kurang SEMINGGU selepas seseorang dijangkiti virus (rujuk gambar di bawah).
.
RT-PCR test pula tak detect antibodi. Ia detect antigen virus, iaitu komponen virus tu sendiri. 
.
Kelebihan utama RT-PCR di sini ialah, ia mampu mengesan antigen virus seawal hari pertama infection. RT-PCR test biasanya dilakukan di hospital.
.
⭐️ Senario 1:

Alam Nur (bukan nama sebenar) telah diarahkan oleh majikannya untuk membuat ujian saringan COVID-19. Beliau hanya buat rapid antibody test dan mendapati antibodi IgG dan IgM NEGATIF. Beliau sangat teruja kerana boleh bekerja esok. 
.
Lima hari kemudian, rakan sekerja beliau, Bilal Miah (bukan nama sebenar) mengalami simptom demam, batuk dan sesak nafas. Beliau pergi ke Hospital Kuala Lumpur untuk buat RT-PCR swab test. Malangnya, keputusan beliau positif COVID!
.
Mungkinkah Bilal dijangkiti virus COVID daripada Alam Nur?
.
Sebenarnya, Alam Nur mungkin telah dijangkiti virus COVID walaupun tidak menjukkan sebarang simptom. Antibodi IgG dan IgM hanya positif 7 HARI SELEPAS DIJANGKITI VIRUS. 
.
Jadi, IgG dan IgM negatif tempoh hari hanyalah FALSE IMPRESSION bahawa beliau kononnya ‘bebas COVID’.
.
Solusinya, Alam Nur seharusnya menjalani RT-PCR swab test. Untuk lebih accurate, RT-PCR perlu dibuat bersama rapid antibodi test.
.
Kesimpulannya, setiap test ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Setiap pengguna / pesakit perlu cakna tentang keberkesanan sesuatu test untuk mengelakkan salah faham. 

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi / whatsapp:
☎️ 010-928 5854
☎️ 03-6731 8345
.
#klinikhero #wangsamaju #wangsawalk #covid19 #rapidtest

1 comment:

ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...