Tuesday, February 12, 2019

Jadual suntikan Pneumococcal (Synflorix/Prevenar 13)

Assalamualaikum.

Disebabkan banyak ibu ayah yang bertanya tentang 
1. Bilakah umur yang paling awal boleh suntik pneumococcal?
2. Berapa jumlah suntikan yang anak mereka perlukan?
3. Berapakah selang masa untuk suntikan pertama dan seterusnya.
4. Adakah boleh disuntik pada hari yang sama mendapat vaksin wajib (KKM) ?


Kat sini Doc cuba sedaya upaya untuk menjawab seringkas yang boleh.

Bagi Pneumococcal jenama Synflorix

1. Umur 2 bulan - 6 bulan : Jumlah suntikan adalah 4 kali 
2. Umur 7 bulan - 11 bulan : Jumlah suntikan adalah 3 kali.
3. Umur 12 bulan ke atas : Jumlah suntikan adalah 2 kali.
4. Jarak antara setiap suntikan adalah 2 bulan.
5. Boleh diberikan pada hari yang sama mendapat suntikan wajib.
6. Pastikan anak sihat semasa hendak menerima suntikan.


Bagi Pneumococcal jenama Prevenar 13

1. Umur 2 bulan - 6 bulan : Jumlah suntikan adalah 4 kali 
2. Umur 7 bulan - 11 bulan : Jumlah suntikan adalah 3 kali.
3. Umur 12 bulan - 23 bulan : Jumlah suntikan adalah 2 kali.
4. Umur 2 tahun ke atas : Jumlah suntikan adalah 1 kali.
5. Jarak antara setiap suntikan adalah 2 bulan.
6. Boleh diberikan pada hari yang sama mendapat suntikan wajib.
7. Pastikan anak sihat semasa hendak menerima suntikan.


** Bagi pemegang kad Peduli sihat, anda sangat beruntung kerana kerajaan Negeri selangor memberikan 1 kali vaksin percuma untuk tempoh setahun bagi seorang sahaja di dalam keluarga. Terdapat beberapa jenis vaksin lain yang disenaraikan selain pneumococcal.

** Pneumococcal bukan sahaja untuk kanak2. Orang dewasa/org tua pun boleh ambil vaksin ini.

Diharap tulisan Doc yang tak seberapa ini dapat membantu ibu ayah di luar sana untuk mendapatkan info. Boleh call/whatsapp/msg 0109285854 atau follow fb/ig kami untuk maklumat lanjut. Tidak perlu appoinment untuk dapatkan vaksin. Tetapi, adalah baik kiranya ibu ayah call kami dahulu untuk mendapatkan confirmation.

Vaksin Pneumococcal  : wasap.my/+60109285854/vaksinpneumococcal



ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...