Sunday, May 31, 2020

Blood Test Murah RM80 Klinik Hero

PROMOSI RAYA DATANG LAGI 🎉🎊
.
Lepas 6 hari beraya ni, doc yakin 4 daripada 5 orang akan mengalami pertambahan berat badan.
.
Doc sendiri ah cuba tekad untuk pantang makan, tapi sebab nak jaga hati si tukang masak, telan jugak lah ye. Hihi. 🤣🤣
.
Lepas raya ni, doc cadangkan anda buat pemeriksaan kesihatan secara berkala.
.
Setiap 6 bulan, datang ke klinik untuk cek tekanan darah, kolesterol, gula, buah pinggang, hati dan lain-lain. Baru lah tubuh badan tip top !
.
Jangan ingat orang obes je yang ada kolesterol tinggi. Zaman sekarang orang badan sederhana pun ada kolesterol tinggi. Ni semua sebab faktor pemakanan, cara hidup dan sebagainya.
.
Mulai hari ni, doc ada promosi blood test. Kita cek semua apa yang patut. Demi kesihatan tubuh badan.
.
Ingat, once dah kena kencing manis atau darah tinggi, sukar untuk kita patah balik jadi normal. Sebabnya organ dalaman dah rosak.
.
Kalau kereta rosak, takpe lagi, ada spare part (made in china pun boleh). Tapi once organ dalaman dah rosak, bak kata pepatah ore kelate, sorry to say, no turning back ye.
.
Hanya RM 80 sahaja anda boleh mengetahui status kesihatan badan. Dari situ kita dah boleh sasarkan, apa target kita. Samada nak turunkan kolesterol, gula atau uric acid.
.
Keputusan darah siap paling awal 1 hari kemudian.



.
#klinikhero #wangsamaju #wangsawalk #bloodtest #diabetes #hypertension

Thursday, May 21, 2020

PROMO VAKSIN Chicken Pox dan Influenza

Assalamualaikum

Kepada semua pembaca,

Doc nak bagitahu Klinik Hero ada buat promo vaksin untuk chicken pox RM98/dose sehingga bulan 6 tahun 2020 dan juga PROMO vaksin influenza RM60/pax atau RM100 untuk 2 orang.

Kepada sesiapa yang nak dapatkan suntikan vaksin ini, boleh wasap atau call klinik hero www.wasap.my/+60109285854/promoVaksin



Saturday, May 9, 2020

COVID RAPID TEST VS RT-PCR TEST

⭐️ COVID RAPID TEST VS RT-PCR TEST
.
Sejak wabak COVID-19 semakin menular, makin banyak pengeluar yang menghasilkan test kit untuk menentukan samada seseorang itu positif atau negatif virus COVID-19. 
.
Setakat ni, pihak KKM hanya mengiktiraf RT-PCR swab test sebagai gold standard. Apa bezanya rapid antibody test dan RT-PCR test?
.
Rapid test antibodi hanya detect antibodi yang dihasilkan oleh badan. Antibodi ini dinamakan IgG dan IgM.
.
IgG = menunjukkan seseorang pernah kena infection sebelum-sebelum ni 
IgM = menunjukkan seseorang dapat infection baru-baru ni (acute infection)
.
Malangnya, antibodi hanya dapat dikesan oleh rapid test lebih kurang SEMINGGU selepas seseorang dijangkiti virus (rujuk gambar di bawah).
.
RT-PCR test pula tak detect antibodi. Ia detect antigen virus, iaitu komponen virus tu sendiri. 
.
Kelebihan utama RT-PCR di sini ialah, ia mampu mengesan antigen virus seawal hari pertama infection. RT-PCR test biasanya dilakukan di hospital.
.
⭐️ Senario 1:

Alam Nur (bukan nama sebenar) telah diarahkan oleh majikannya untuk membuat ujian saringan COVID-19. Beliau hanya buat rapid antibody test dan mendapati antibodi IgG dan IgM NEGATIF. Beliau sangat teruja kerana boleh bekerja esok. 
.
Lima hari kemudian, rakan sekerja beliau, Bilal Miah (bukan nama sebenar) mengalami simptom demam, batuk dan sesak nafas. Beliau pergi ke Hospital Kuala Lumpur untuk buat RT-PCR swab test. Malangnya, keputusan beliau positif COVID!
.
Mungkinkah Bilal dijangkiti virus COVID daripada Alam Nur?
.
Sebenarnya, Alam Nur mungkin telah dijangkiti virus COVID walaupun tidak menjukkan sebarang simptom. Antibodi IgG dan IgM hanya positif 7 HARI SELEPAS DIJANGKITI VIRUS. 
.
Jadi, IgG dan IgM negatif tempoh hari hanyalah FALSE IMPRESSION bahawa beliau kononnya ‘bebas COVID’.
.
Solusinya, Alam Nur seharusnya menjalani RT-PCR swab test. Untuk lebih accurate, RT-PCR perlu dibuat bersama rapid antibodi test.
.
Kesimpulannya, setiap test ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Setiap pengguna / pesakit perlu cakna tentang keberkesanan sesuatu test untuk mengelakkan salah faham. 

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi / whatsapp:
☎️ 010-928 5854
☎️ 03-6731 8345
.
#klinikhero #wangsamaju #wangsawalk #covid19 #rapidtest

Tuesday, May 5, 2020

Covid19 dan PKP,PKPD,PKPB

Assalamualaikum semua. 
Bermula 4 Mei 2020, Kerajaan telah membenarkan pengoperasian bagi beberapa sektor untuk menjana kembali ekonomi negara. Tetapi memerlukan beberapa syarat dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. 
Dengan itu, mulai hari ni, SELASA 5 MAY 2020 Klinik Hero buka seperti biasa, setiap hari 8 pagi - 10 malam 😁

Kepada yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin, typhoid dan lain boleh datang ke klinik hero. InsyaAllah stok masih ada.

Selamat berpuasa kepada semua dan jaga kesihatan,kebersihan diri. 
#pneumococcal #umrah #typhoid #wangsawalk #wangsamaju #flu #hepB #sedutkahak #infanrix #6in1 #synflorix #gdl #fomema #pekaB40 #covid19

ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...