Sunday, December 23, 2018

Peduli sihat & vaksin percuma!!

VAKSIN PERCUMA !!!
=================
Kepada semua pemegang kad Peduli Sihat, anda sangat bertuah kerana Skim Peduli Sihat menyediakan 1 SUNTIKAN VAKSIN PERCUMA SETIAP TAHUN
Vaksin Pneumococcal
Vaksin Meningococcal (umrah / haji)
Vaksin Typhoid (pengendali makanan)
Vaksin Influenza
Vaksin Hepatitis B
Kalau anak anda berumur 1 tahun - 5 tahun, suntikan pneumococcal synflorix perlu diberikan sebanyak 2 kali suntikan dengan gap 2 bulan antara 2 suntikan tersebut. Jadi, kalau dapat suntikan pada bulan ni, bulan Februari 2019 anak anda akan dapat suntikan ke 2 (juga PERCUMA).
InshaAllah, cukup sebagai persediaan melangkah ke alam tadika / sekolah nanti.
---------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan tentang vaksin boleh hubungi Klinik Hero di talian http://www.wasap.my/60109285854 / 03-67318345
Alamat : Klinik Hero, No 22-G Jalan Wangsa Delima 11, D'Wangsa, Wangsa Maju 53300 KL.
Klinik beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi – 10 malam
GPS coordinate : 3.197443, 101.741093


Friday, December 21, 2018

Sedut kahak di klinik Hero. (Servis dan rawatan)

Alhamdulillah..

Setelah beberapa bulan Klinik Hero beroperasi, kami mendapat feedback yang sgt memuaskan hati. Doc gembira sgt bila dgr patient doc dah sihat2. Kembali ceria. Tapi kdg tu sedih jgk nnti patient2 doc ni lupakan doc plak kan. hee..

Ada yang dtg utk cabut kuku (cekam kuku)..ada yang dtg untuk ambik vaksin (vaksin umrah/flu/pneumococcal/typhoid dan lain2). Ada jgk yg dtg sbb nk buat medical check up, check jantung(ecg), scan 2d, drip air (lemah sgt sebab x makan), bersunat sempena cuti sekolah dan macam2 lagi.

Dan yang paling penting.. ada juga patient doc yang datang untuk neb dan sedut kahak.

Kadang tu x sempat doc nak buat sedut kahak, waktu tengah neb dah terus muntah kahak. Alahmdulillah. cuma doc nak ingtkan kat parents sebelum nak buat rawatan ni kna make sure anak2 tu puasa sekurang2 2 jam sebelum. dan kalau boleh lepas je balik dr sedut kahak ni rajin2 la spray hidung anak dan jugak sedut pakai nasal aspirator.. Doc suggest pakai jenama nosefrida.. bole tercabung hidung. punya kuat nya sedut tu. hee

Terima kasih sebab selalu support Klinik hero. Doc harap patient2 doc cepat sihat. InsyaAllah.











Tuesday, December 18, 2018

Denggi (Ujian darah Rapid Test)

UJIAN POSITIF
============
• Pagi ni klinik doc didatangi oleh seorang lagi pesakit expat yang khabarnya sudah demam 4 hari lalu, muntah berulang kali dan sakit di bahagian perut. Demam tinggi sehingga mencecah 39 darjah celcius dan keadaannya sangat lemah. Kalau bomoh tengok sekali pandang dah tau sakit apa ni. Saka nyamuk. Hehe.
• Ujian darah dilakukan termasuk dengue rapid combo test. Ujian denggi ni sekejap je. Selepas 10 minit, keputusannya adalah sah 2 garisan. Bukan positif pregnant ya. Hehe. Ini namanya sah DENGGI positif. NS1 positive.
• Selepas pemeriksaan asas, doc hantar darah ke makmal. Disebabkan pesakit nampak sangat DEHYDRATED, doc masuk air IV drip 1 botol dan terus refer hospital. Sila ke hospital ya, jangan singgah Wangsa Walk pulak main bowling 1 round hehe.
• Ok, selain daripada demam tinggi, kenalpasti tanda-tanda amaran denggi seperti berikut:
1) Sakit perut
2) Muntah berterusan (3 kali atau lebih dalam sehari)
3) Cirit-birit berterusan (3 kali atau lebih dalam sehari)
4) Mudah berdarah (gusi berdarah)
5) Letih tak bermaya, dan lain-lain
• Dari segi rawatan, masih belum ada vaksin yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Rawatan yang boleh diberikan adalah supportive therapy seperti IV drip (masuk air dalam darah), dan lain-lain. Kadang - kadang ada juga pesakit denggi yang kehilangan banyak darah sehingga boleh membawa maut.
• Jika ada tanda-tanda amaran denggi seperti di atas, sila dapatkan UJIAN DENGGI dan ujian darah yang lain. Setiap saat adalah sangat berharga.
Sekian perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Klinik beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi – 10 malam
Sebarang pertanyaan tentang vaksin boleh contact Klinik Hero di talian http://www.wasap.my/60109285854 / 0367318345
Alamat : Klinik Hero, No 22-G Jalan Wangsa Delima 11, D'Wangsa, Wangsa Maju 53300 KL.
GPS coordinate : 3.197443, 101.741093
Antara panel Klinik Hero:
PM CARE
HEALTH CONNECT
PEDULI SIHAT
COMPUMED
HEALTHMETRICS
MEDILINK GLOBAL
EMAS
RED ALERT
MEDKAD
MEDSAVE
Jom sihat bersama2. Like & Share
Layari http://klinikhero.blogspot.com
Lets be our heroes.Lets be a hero.

Sunday, November 25, 2018

Jangkitan paru-paru

====================
JANGKITAN PARU-PARU
====================
Demam tinggi, batuk dan sesak nafas. Ramai pesakit yang underestimate simptom-simptom tersebut kerana simptom yang sama juga dialami kalau demam biasa aka acute pharyngitis.
Especially kalau berlaku kepada anak/ahli keluarga sendiri. Kadang-kadang kita memandang rendah simptom yang dialami oleh anak-anak sendiri. Mungkin kita fikir anak demam biasa je. Walaupun sebenarnya kahak banyak berkumpul dalam paru-paru dan menjadi sarang pembiakan kuman. Berisiko untuk dapat jangkitan paru-paru aka pneumonia.
Sebelum jadi lebih serius, dapatkan rawatan segera. Sekiranya anak bernafas laju dan batuk berkahak, dapatkan nebuliser, sedut kahak dan antibiotik jika perlu. Bacterial pneumonia boleh dielakkan dengan suntikan vaksin pneumococcal seawal umur 2 bulan.
Sekian perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat.

Panel : Senarai Panel

Klinik beroperasi setiap hari dari jam 8pg-10mlm. Termasuk Public Holiday.

Sebarang pertanyaan tentang vaksin boleh contact Klinik hero di talian   http://www.wasap.my/60109285854  / 0367318345
Alamat : Klinik Hero wangsa walk 22-G Jalan wangsa Delima 11, D'wangsa, wangsa maju 53300 kl.
GPS coordinate : 3.197443, 101.741093
Jom sihat bersama2. Like & Share
Layari http://klinikhero.blogspot.com
Lets be our heroes.Lets be a hero.
#healthMetrics
#emas
#perkeso
#klinikhero
#sedutkahak
#suntikumrah
#umrah2018
#wangsamaju
#wangsawalk
#vaksin
#synflorix
#prevenar
#cucitelinga
#pmcare
#emas
#ctdk
#redalert
#typhoid
#nandos
#starbucks
#khatan
#sunat

Wednesday, November 21, 2018

Chicken Pox



========================

Chicken Pox VS Chicken Chop

========================


Kadang-kadang ada juga pesakit yang datang sebab katanya anak kena demam campak walaupun sebenarnya sakit chickenpox. Selain demam campak, macam-macam lagi terminologi yang ramai orang salah tafsir. Ada yang panggil cacar air, kayap, kayap ular, measles dan sebagainya. Dan yang paling tersasar adalah chicken chop. Hehe.


Chickenpox adalah berpunca daripada Varicella Zoster Virus (VZV). Ia merebak melalui udara apabila pesakit batuk atau bersin, dan boleh merebak melalui direct contact dengan cecair blister.


Macam mana nak bezakan antara chickenpox dengan penyakit lain (measles, kayap, viral exanthem etc)? Biasanya, chickenpox menyebabkan demam tinggi dan naik ruam di kulit. Ruam chickenpox progress dengan cepat. Tak sampai 24 jam, ruam-ruam merah boleh transform menjadi blister (aka vesicles). Blister ni akan pecah, berair, dan akhirnya berkuping (crusted).


Kebanyakan pesakit chickenpox akan pulih selepas 1 minggu. Tetapi ada juga yang ambil masa lebih dari seminggu. Dan yang paling risau adalah kalau berlaku komplikasi seperti jangkitan bakteria pada kulit, jangkitan darah, radang paru-paru dan radang otak.


Bagi langkah pencegahan, pesakit wajib dikuarantin di rumah untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain. Langkah pencegahan kedua adalah melalui suntikan vaksin. Tujuan utama vaksin adalah untuk mencegah komplikasi chickenpox. Vaksin chickenpox adalah 95% effective untuk mengelakkan moderate to severe infection. Namun begitu di Malaysia, vaksin chickenpox masih belum diwajibkan tidak seperti di negara-negara lain.


Kanak-kanak yang sudah menerima vaksin chickenpox masih ada kemungkinan untuk mendapat chickenpox. Tetapi penyakitnya adalah lebih ringan/mild, ruam blister tak banyak, demam tak tinggi dan pulih dengan lebih cepat.


Jadi, kalau anda dah terkena chickenpox, anda akan diberikan cuti/MC sekurang-kurangnya 5 hari. Pastikan sebab cuti sakit adalah chickenpox, bukan chicken chop ya, hehe.


Sebarang pertanyaan tentang vaksin boleh contact Klinik hero di talian http://www.wasap.my/60109285854 / 0367318345


Panel : Senarai Panel
Klinik beroperasi setiap hari dari jam 8pg-10mlm.


Alamat : Klinik Hero wangsa walk 22-G Jalan wangsa Delima 11, D'wangsa, wangsa maju 53300 kl.


GPS coordinate : 3.197443, 101.741093


Jom sihat bersama2. Like & Share


Layari http://klinikhero.blogspot.com


Lets be our heroes.Lets be a hero.


#healthMetrics

#emas

#perkeso

#klinikhero

#sedutkahak

#suntikumrah

#umrah2018

#wangsamaju

#wangsawalk

#vaksin

#synflorix

#prevenar

#cucitelinga

#pmcare

#ctdk

#redalert

#typhoid

#nandos

#starbucks

#khatan

#sunat

Sunday, November 4, 2018

Jangkitan kulat di telinga



Assalamualaikum..














Ini kesah minggu lepas pesakit Klinik Hero.


Sekali pandang macam isi durian. Isi durian terapung? Durian musang king? Hehe.

Ini kisah seorang pesakit wanita Indonesia umur dalam lingkungan 40an. Muka sedikit gelisah. Bila ditanya, katanya dah seminggu kurang pendengaran dan rasa tak selesa di telinga kirinya. Macam-macam ubat dah try. Dah lebih seminggu cuba ubat titis, ubat makan dan sebagainya. Ubat supp je belum hehe.




Bila doc cek, seolah-olah macam ada kapas dalam telinga. Anak makcik sumbat kapas dalam telinga makcik ke? Hehe. Sebenarnya itu adalah fungus atau kulat. Perlu dibuang sebab dah seminggu dalam tu. Selepas dicuci, maka keluarlah segumpal fungus seperti dalam gambar tu. Rupa macam durian. Bukan salah makcik ya. Dan bukan sebab makcik makan durian hehe.

Sakit yang dialami makcik ini berpunca daripada jangkitan kulat di lorong telinganya. Atau dalam bahasa mudah dipanggil otitis externa. Jadi, kalau rasa telinga tersumbat atau kurang dengar, doc boleh cek. Rawatannya kejap je.




Panel : Senarai Panel

Klinik beroperasi setiap hari dari jam 8pg-10mlm.

Alamat : Klinik Hero wangsa walk 22-G Jalan wangsa Delima 11, D'wangsa, wangsa maju 53300 kl.
GPS coordinate : 3.197443, 101.741093
Contact : http://www.wasap.my/60109285854 / 0367318345
Jom sihat bersama2. Like & Share

Layari http://klinikhero.blogspot.com
Lets be our heroes.Lets be a hero.




#healthMetrics
#emas
#perkeso
#klinikhero
#sedutkahak
#suntikumrah
#umrah2018
#wangsamaju
#wangsawalk
#vaksin
#klinikhero
#synflorix
#prevenar
#cucitelinga
#pmcare
#emas
#ctdk
#redalert
#typhoid
#nandos
#starbucks
#khatan
#sunat
#pizza
#dominos
#mcdonalds

Sunday, October 28, 2018

LELAH @ neb @ nafas laju


======
LELAH
======
Amboi lekanya kakak2 ni main toys. Kakak tau tak yang adik hero tengah bertarung dengan mak ayah ambil neb. Kakak tak kesian kat adik ke? Hehe

Ni kisah malam semalam. Si adik hero batuk teruk dari petang semalam. Doc ambil stetoskop. Kali ni doc tak dengar bunyi orang berdengkur, tapi doc dengar bunyi wisel. Macam bunyi wisel referee final malam semalam. Hehe.

Lepas ambil neb nampak lega sikit tapi doc masih tak puas hati. Jadi, ambil neb selepas 4 jam dan datang semula pagi esok. Juga diberi ubat makan.

Pagi tadi si hero datang semula, alhamdulillah nampak ada improvement berbanding malam semalam. Dan tak perlu sedut kahak. Kita doakan semoga si hero berjaya menumpaskan tentera-tentera lelah pada malam ni.

Nasihat doc, kalau nampak anak nafas laju, cepat-cepat pergi cek. Especially kalau anak tu nampak lemah tak bermaya. Kebiasaanya sama ada sebab lelah, jangkitan paru-paru atau sebab-sebab lain. Alhamdulillah parents si hero ni sangat alert dan terus bawa ke klinik. Jadi, kalau simptom-simptom lelah terlalu kerap, ada kemungkinan anak anda ada asthma dan perlukan ubat inhaler. At least ada ventolin atau asthalin inhaler kat rumah in case of emergency.

Panel : Senarai Panel

Klinik beroperasi setiap hari dari jam 8pg-10mlm.

Contact : http://www.wasap.my/60109285854 / 0367318345
Alamat : Klinik Hero wangsa walk 22-G Jalan wangsa Delima 11, D'wangsa, wangsa maju 53300 kl.

GPS coordinate : 3.197443, 101.741093

Jom sihat bersama2. Like & Share

Layari http://klinikhero.blogspot.com

Lets be our heroes.Lets be a hero.

#healthmetrics
#pedulisihat
#emas
#medilinkglobal
#klinikhero
#sedutkahak
#neb
#asma
#umrah2018
#typhoid
#wangsamaju
#wangsawalk

Batuk berkahak @ sedut kahak @ batuk lama



Alhamdulillah. Minggu lepas klinik doc dikunjungi oleh rakan sekolah lama dulu. Dah lebih 15 tahun tak dengar khabar. Bawak anak lelaki umur 3 tahun katanya batuk berkahak dan selesema dah berminggu-minggu. Bila doc cek paru-paru si hero ni, dengar mcm ada orang tengah berdengkur dalam paru-paru dia. Hehe. Maknanya kahak dah berkumpul lama dalam tu.


So doc decide nak bagi neb. Maka bermulalah sesi pertarungan untuk bagi neb kat si hero ni. Agaknya si hero takut bila tengok neb doc ni lain macam. Banyak keluar asap. Cek balik paru-paru selepas neb, alhamdulillah dah hilang bunyi orang berdengkur tadi. Dia hilang pergi mana doc pun tak tau. Hehe. Harapnya si hero boleh tidur lena malam ni.


Nasihat doc, lepas ni jangan tunggu kalau batuk dah berminggu-minggu lamanya. Kalau batuk berkahak, doc akan bagi neb dan sedut kahak tu sampai habis. Lagi satu, amalkan makan syrup multivitamin untuk kuatkan imun system dan ambil suntikan pneumococcal untuk melindungi anak-anak daripada penyakit serius. Prevention is better than cure.


Panel : Senarai Panel

Klinik beroperasi setiap hari dari jam 8pg-10mlm.

Contact : http://www.wasap.my/60109285854 / 0367318345
Alamat : Klinik Hero wangsa walk 22-G Jalan wangsa Delima 11, D'wangsa, wangsa maju 53300 kl.

Contact : http://www.wasap.my/60109285854 / 0367318345
GPS coordinate : 3.197443, 101.741093


Jom sihat bersama2. Like & Share


Layari http://klinikhero.blogspot.com


Lets be our heroes.Lets be a hero.


#healthMetrics

#emas

#perkeso

#klinikhero

#sedutkahak

#suntikumrah

#umrah2018

#wangsamaju

#wangsawalk

#vaksin

#synflorix

#prevenar











Thursday, October 25, 2018

Vaksin Pneumococcal di Klinik Hero

Assalamualaikum.

Apa itu Vaksin pneumococcal?
- Vaksin ini merupakan sejenis imunisasi yang diberikan pada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah bakteria pneumococcal yang mudah menyerang kanak-kanak dan warga tua.


Bakteria pneumococcal boleh tersebar melalui udara dan menyebabkan batuk dan selsema. Ia juga sangat mudah untuk dijangkiti melalui sentuhan lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Pentingkah vaksin pneumococcal?
- Walaupun ia bukanlah termasuk di dalam suntikan wajib bagi kanak2, tetapi KKM amat menyarankan vaksin ini diambil bg mereka yang berkemampuan.

Seawal usia berapakah vaksin pneumococcal boleh diberikan?
- Vaksin ini boleh diberikan seawal 2 bulan kepada anak2 dan dosnya adalah mengikut umur suntikan pertama anak2 itu terima. Ibu bapa juga akan diberikan tarikh berikutnya utk suntikan seterusnya.

- Tiada maximum umur yg di had kan untuk ambil vaksin ini.

Harga Vaksin Pneumococcal di Klinik Hero
- Klinik Hero ada menawarkan vaksin pneumococcal utk kanak2/org dewasa dengan harga yang berpatutan.

Bagi sesiapa yang inginkan vaksin ini bolehlah membuat booking dengan kami dahulu dan kami akan memberikan tarikh yang sesuai utk suntikan.

Selain itu adalah penting untuk ibu bapa memastikan bahawa anak mereka tidak demam/sakit sebelum suntikan ini.

Untuk booking/pertanyaan boleh la contact/whatsapp/msg kami di talian 0109285854. Kami buka setiap hari dari jam 8pg - 10mlm.

Contact : http://www.wasap.my/60109285854 / 0367318345

Alamat : Klinik Hero wangsa walk 22-G Jalan wangsa Delima 11, D'wangsa, wangsa maju 53300 kl.

GPS coordinate : 3.197443, 101.741093

Jom sihat bersama-sama.

Lets be our heroes. Lets be a hero.









Panel Klinik bagi KLINIK HERO

Assalamualaikum.

Senarai Panel di Klinik Hero (Senarai akan di kemaskini dari semasa ke semasa)

- FOMEMA
- Health Metrics
- Peduli Sihat
- e-mas
- Medilink Global
- Red Alert
- HSP (socso)
- Medkad
- PMcare
- Health Connect
- COSSB
- Compumed
- MedSave
- IHM
- Health Online
- MyTPA
- PekaB40
- Mediclinic / AA
- ASP Panel 
- Selcare
- PCS Rakyat
- WeCare
- Mednefits 
- Gama Bestari 
- G-Flex
- MiCare
- Etiqa



Klinik Hero sudah memulakan operasinya pada 15 September 2018. Sejak dari hari pertama klinik ini dibuka ramai juga yg datang bertanyakan tentang beberapa panel samaada yang walk in atau melalui FB kami. Antaranya AIA, PMCARE, Health Connect, Health Metrics, e-Mas, Peduli Sihat dan lain2.

Kami berharap dapat merialisasikan kesemua panel yg di ajukan. Tetapi untuk sesetengah panel seperti AIA dan CIMB kami agk sukar untuk mendapatkannya. Mereka meminta HR company recommend kan kepada AIA/CIMB utk jadikan klinik kami sebagai panel. Kepada sesiapa pemegang kad AIA/Etiqa yang inginkan rawatan di sini, boleh lah juga membantu kami dalam hal ini.

Kepada yang bukan panel, kami juga mengalu-alukan kedatangan anda ke klinik kami. InsyaAllah harga kami amat berpatutan dan tidak membebankan.

Klinik kami berada di belakang wangsa walk mall boleh waze 'Klinik Hero'. Kami beroperasi setiap hari dari jam 8 pg - 10 mlm. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi/whatsapp 0109285854 atau cari sahaja FB Klinik Hero dan msg kami disana.

Alamat : Klinik Hero wangsa walk 22-G Jalan wangsa Delima 11, D'wangsa, wangsa maju 53300 kl.

GPS coordinate : 3.197443, 101.741093
Jom sihat bersama-sama.

Lets be our heroes. Lets be a hero.








#klinikhero
#wangsa maju
#wangsawalk
#sedutkahak
#umrah2018
#typhoid
#panel
#perkeso
#medilinkglobal
#pedulisihat
#emas
#healthmetrics
#healthconnect


Tuesday, September 25, 2018

ASMA / ASTHMA

========
ASTHMA
========

Apa yang perlu dibuat jika anak anda mengalami serangan asthma
1. Pastikan anak duduk menegak
2. Goncang pam biru (ventolin) dan beri 4 pam melalui spacer/aerochamber. Satu puff pada satu waktu dan nafas 4x selepas satu puff.
3. Tunggu 4 minit. Jika masih semput, ulangi langkah 2.
4. Jika masih tiada perubahan, terus bawa anak ke klinik atau hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. Jangan hanya tunggu di rumah.


Klinik Hero ada membuat servis neb dengan harga yg berpatutan. 
Jika sesiapa yang memerlukan neb boleh lah datang ke 
klinik hero dibuka setiap hari dari jam 8pg-10mlm. lokasi klinik di belakang wangsa walk mall.

Panel : Senarai Panel
Contact : http://www.wasap.my/60109285854 / 0367318345

Lets be our heroes. Lets be a hero.

Alamat : Klinik Hero wangsa walk 22-G Jalan wangsa Delima 11, D'wangsa, wangsa maju 53300 kl.
GPS coordinate : 3.197443, 101.741093



Wednesday, September 19, 2018

Senarai Perkhidmatan di Klinik Hero

Assalamualaikum.
Klinik Hero ada membuat pelbagai jenis rawatan/suntikan/vaksin dan test.
Klinik kami berada di belakang wangsa walk mall.
Operation Hours
Isnin-Ahad
jam 8pg-10 Malam
Antaranya adalah.
1. Sedut Kahak (baby/kanak-kanak)
2. Neb (baby/kanak-kanak/dewasa)
3. Ultrasound 2d
4. ECG
5. Blood Test FBC Instant Result
6. UPT Test
7. Dengue Rapid Test
8. Blood Test - Lab
9. Infanrix 5 serangkai
10. Vaksin Umrah / haji
11. Vaksin typhoid / tifoid
12. Suntikan Depo
13. Suntikan pneumoccocal Dewasa / Kanak kanak (Synflorix/Prevenar 13/Prevenar 23)
14. Hep B
15. MMR
16. Influenza
17. Medical check up
18. Lesen PSV/GDL
19. FOMEMA
20. Baby kuning/Jaundice/test darah - result darah dalam 5 minit.
21. Test air kencing

Add caption




Alamat : Klinik Hero wangsa walk 22-G Jalan wangsa Delima 11, D'wangsa, wangsa maju 53300 kl.
GPS coordinate : 3.197443, 101.741093
Lets be our heroes. Lets be a hero.

Tuesday, September 18, 2018

Suntikan Typhoid di Klinik Hero

ASSALAMUALAIKUM
================
VAKSIN TYPHOID
================
Demam typhoid (atau disebut juga demam kepialu) adalah berpunca daripada kuman Salmonella typhi atau paratyphi. Antara simptom-simptom demam typhoid adalah demam tinggi, cirit-birit, ruam kulit, sakit kepala dan sakit-sakit badan. Semua yang terlibat dalam pengendalian makanan, termasuk chef, katering, pelayan dan seumpamanya wajib mendapatkan vaksin suntikan typhoid ini.
•Kegunaan – Mencegah jangkitan kuman Salmonella typhii yang menyebabkan Demam Kepialu atau Typhoid Fever.
•Dos – Sekali suntik (single dose), 0.5ml ke dalam otot. Boleh di bahu, peha atau punggung. Kebiasaannya di bahu sahaja.
•Waktu Pengambilan – Disyorkan 2 minggu sebelum masuk kerja atau terdedah pada risiko jangkitan.
•Berapa Lama Vaksin Bertahan – Vaksin kami mampu bertahan sehingga 3 tahun. Namun boleh diulang suntikan setiap 2 tahun untuk keselamatan optimum daripada jangkitan.
•Keselamatan Vaksin – Suntikan vaksin tifoid ini diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dinyatakan selamat untuk pengambilan oleh semua golongan individu yang tidak allergi kepada vaksin ini. Ia tidak mengganggu penyakit kronik sedia ada seperti darah tinggi, kencing manis, asma dan seumpamanya.
•Kesan sampingan / Side effects – Sangat jarang terjadi. Boleh menyebabkan demam, tidak sedap badan dan mual / muntah selepas suntikan.
•Siapa yang Perlu Vaksinasi – Pengendali makanan dan minuman (wajib), mereka yang ingin melancong ke luar negara, pelajar ke luar negara dan sesiapa sahaja yang mahu mencegah demam kepialu (demam tifoid).

Di Klinik Hero, selepas suntikan kami akan berikan 1 kad yang comel dan sesuai utk disimpan di dlm dompet.
Kad suntikan typhoid


Suntikan vaksin typhoid kini boleh didapati di Klinik Hero, Wangsa Maju.
***** Untuk suntikan lebih dari 5 orang, pemberian diskaun boleh diberikan.
***** Doc sendiri boleh datang ke restoran/kedai anda jika kuantiti lebih dari 5 org.

Klinik dibuka setiap hari.
Jam 8 pagi hingga 10 malam.

Untuk keterangan lanjut,
sila hubungi Klinik Hero di talian 010-928 5854.

Alamat : Klinik Hero wangsa walk 22-G Jalan wangsa Delima 11, D'wangsa, wangsa maju 53300 kl.
GPS coordinate : 3.197443, 101.741093

Lets be our heroes.. Lets be a hero..


ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...