Sunday, March 31, 2019

CROUP Klinik Hero

CROUP
======

⭐️ Pagi ni klinik doc didatangi oleh seorang kanak-kanak berusia 1 tahun. Pukul 2 pagi semalam dah ambil neb 2 round tapi masih tak sembuh. Masalah yg dialami adalah demam dan batuk seperti bunyi anjing laut (barking cough).
.
⭐️ Bila diperiksa, jelas ada bunyi semasa tarik nafas (inspiratory stridor) dan bunyi kahak. Setelah diberikan neb dan sedut kahak, alhamdulillah nampak lega sikit.
.
⭐️ Croup adalah penyakit yang disebabkan oleh virus (parainfluenza, adenovirus, RSV).
.
⭐️ Croup adalah jangkitan upper airway, berbeza dengan asthma dan bronchiolitis yang melibatkan lower airway. Jadi, virus ini menyebabkan keradangan / bengkakan pada upper airway iaitu larynx, trachea dan bronchus.
.
⭐️ Croup sering berlaku kepada kanak-kanak <6 tahun kerana diameter salur pernafasan (trachea) kanak-kanak adalah lebih sempit (lebih kurang 6mm) berbanding orang dewasa (20mm).
.
⭐️ Jadi bila berlaku keradangan / bengkakan walaupun sikit, salur pernafasan akan mudah menjadi sempit.
.
Take home message di sini, bukan semua batuk adalah lelah. Dapatkan rawatan awal sebelum menjadi parah.



#croup #pneumococcal #influenza #sedutkahak#klinikhero #wangsamaju #wangsawalk

Klinik Hero & shooting penggambaran

Assalamualaikum

Rezeki petang jumaat. Krew Drama '30 Pesanan Suara' datang ketuk pintu klinik Doc untuk buat shooting. 

Sesi penggambaran drama '30 Pesanan Suara' di Klinik Hero. Bakal disiarkan pada 3 Mei ini inshaAllah.
Terima kasih kepada semua krew, Shukri Yahya dan Hannah Delisha kerana sudi hadir bagi memeriahkan suasana klinik. Kalau ada masa boleh singgah lagi 😊👍
Jom sedut kahak di Klinik Hero. Jom dpt kan vaksin pneumococcal di klinik hero. Follow fb/ig klinik hero utk info lanjut. #pneumococcal #umrah #typhoid #wangsawalk#wangsamaju #flu #hepB #sedutkahak #infanrix #6in1#synflorix #gdl #fomema


Monday, March 25, 2019

Jangkitan Rotavirus - Vaksin Rotarix di Klinik Hero

JANGKITAN ROTAVIRUS
====================
.
Rotavirus adalah jangkitan usus yang kerap berlaku kepada kanak-kanak berusia < 3 tahun.
Kira-kira 25 - 50% kes cirit-birit yang memerlukan kemasukan wad adalah berpunca daripada Rotavirus.
Antara simptom-simptom jangkitan Rotavirus adalah cirit-birit, muntah dan demam.
Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan dehidrasi dan boleh membawa maut.
.
⭐️ Rawatan
Tiada rawatan khusus untuk jangkitan rotavirus.
Namun ibu bapa perlu memastikan anak tidak mengalami dehidrasi dengan kerap memberikan air + ORS (air garam yang dirumus khas).
Sekiranya anak mengalami dehidrasi yang teruk, pesakit memerlukan rawatan IV drip (masuk air dalam darah).
.
⭐️ Langkah Pencegahan
Pertubuhan WHO telah menyarankan vaksin rotavirus sebagai strategi pencegahan terhadap jangkitan Rotavirus.
Vaksin Rotavirus adalah dalam bentuk cecair yang perlu diminum sebanyak 2 kali.
Dos pertama diberi seawal umur 6 minggu, dan dos ke 2 diberi 4 minggu kemudian.
Vaksin ini wajib dilengkapkan sebelum umur 24 minggu.


Follow fb/ig klinik hero utk info lanjut. #pneumococcal #umrah #typhoid #wangsawalk #wangsamaju #flu #hepB #sedutkahak #infanrix #6in1 #synflorix #gdl #fomema
Utk pertanyaan dan mendapatkan sebatang vaksin boleh terus whatsapp kami di nombor wasap.my/+60109285854/vaksinRotarix

ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...