Monday, March 25, 2019

Jangkitan Rotavirus - Vaksin Rotarix di Klinik Hero

JANGKITAN ROTAVIRUS
====================
.
Rotavirus adalah jangkitan usus yang kerap berlaku kepada kanak-kanak berusia < 3 tahun.
Kira-kira 25 - 50% kes cirit-birit yang memerlukan kemasukan wad adalah berpunca daripada Rotavirus.
Antara simptom-simptom jangkitan Rotavirus adalah cirit-birit, muntah dan demam.
Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan dehidrasi dan boleh membawa maut.
.
⭐️ Rawatan
Tiada rawatan khusus untuk jangkitan rotavirus.
Namun ibu bapa perlu memastikan anak tidak mengalami dehidrasi dengan kerap memberikan air + ORS (air garam yang dirumus khas).
Sekiranya anak mengalami dehidrasi yang teruk, pesakit memerlukan rawatan IV drip (masuk air dalam darah).
.
⭐️ Langkah Pencegahan
Pertubuhan WHO telah menyarankan vaksin rotavirus sebagai strategi pencegahan terhadap jangkitan Rotavirus.
Vaksin Rotavirus adalah dalam bentuk cecair yang perlu diminum sebanyak 2 kali.
Dos pertama diberi seawal umur 6 minggu, dan dos ke 2 diberi 4 minggu kemudian.
Vaksin ini wajib dilengkapkan sebelum umur 24 minggu.


Follow fb/ig klinik hero utk info lanjut. #pneumococcal #umrah #typhoid #wangsawalk #wangsamaju #flu #hepB #sedutkahak #infanrix #6in1 #synflorix #gdl #fomema
Utk pertanyaan dan mendapatkan sebatang vaksin boleh terus whatsapp kami di nombor wasap.my/+60109285854/vaksinRotarix

No comments:

Post a Comment

ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...