Tuesday, September 18, 2018

Suntikan Typhoid di Klinik Hero

ASSALAMUALAIKUM
================
VAKSIN TYPHOID
================
Demam typhoid (atau disebut juga demam kepialu) adalah berpunca daripada kuman Salmonella typhi atau paratyphi. Antara simptom-simptom demam typhoid adalah demam tinggi, cirit-birit, ruam kulit, sakit kepala dan sakit-sakit badan. Semua yang terlibat dalam pengendalian makanan, termasuk chef, katering, pelayan dan seumpamanya wajib mendapatkan vaksin suntikan typhoid ini.
•Kegunaan – Mencegah jangkitan kuman Salmonella typhii yang menyebabkan Demam Kepialu atau Typhoid Fever.
•Dos – Sekali suntik (single dose), 0.5ml ke dalam otot. Boleh di bahu, peha atau punggung. Kebiasaannya di bahu sahaja.
•Waktu Pengambilan – Disyorkan 2 minggu sebelum masuk kerja atau terdedah pada risiko jangkitan.
•Berapa Lama Vaksin Bertahan – Vaksin kami mampu bertahan sehingga 3 tahun. Namun boleh diulang suntikan setiap 2 tahun untuk keselamatan optimum daripada jangkitan.
•Keselamatan Vaksin – Suntikan vaksin tifoid ini diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dinyatakan selamat untuk pengambilan oleh semua golongan individu yang tidak allergi kepada vaksin ini. Ia tidak mengganggu penyakit kronik sedia ada seperti darah tinggi, kencing manis, asma dan seumpamanya.
•Kesan sampingan / Side effects – Sangat jarang terjadi. Boleh menyebabkan demam, tidak sedap badan dan mual / muntah selepas suntikan.
•Siapa yang Perlu Vaksinasi – Pengendali makanan dan minuman (wajib), mereka yang ingin melancong ke luar negara, pelajar ke luar negara dan sesiapa sahaja yang mahu mencegah demam kepialu (demam tifoid).

Di Klinik Hero, selepas suntikan kami akan berikan 1 kad yang comel dan sesuai utk disimpan di dlm dompet.
Kad suntikan typhoid


Suntikan vaksin typhoid kini boleh didapati di Klinik Hero, Wangsa Maju.
***** Untuk suntikan lebih dari 5 orang, pemberian diskaun boleh diberikan.
***** Doc sendiri boleh datang ke restoran/kedai anda jika kuantiti lebih dari 5 org.

Klinik dibuka setiap hari.
Jam 8 pagi hingga 10 malam.

Untuk keterangan lanjut,
sila hubungi Klinik Hero di talian 010-928 5854.

Alamat : Klinik Hero wangsa walk 22-G Jalan wangsa Delima 11, D'wangsa, wangsa maju 53300 kl.
GPS coordinate : 3.197443, 101.741093

Lets be our heroes.. Lets be a hero..


8 comments:

  1. Boleh tau harga suntikkan typhoid berapa?

    ReplyDelete
  2. Boleh tahu harga suntikoan typhoid bpe??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesan lepas suntik seperti mual dan demam tu ambil masa berapa lama nk pulih ye

      Delete
  3. boleh tahu bila kad boleh siap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas cucuk, kami akan terus berikan kad kepada mereka yang ambik suntikan tersebut

      Delete

ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...