Sunday, March 31, 2019

CROUP Klinik Hero

CROUP
======

⭐️ Pagi ni klinik doc didatangi oleh seorang kanak-kanak berusia 1 tahun. Pukul 2 pagi semalam dah ambil neb 2 round tapi masih tak sembuh. Masalah yg dialami adalah demam dan batuk seperti bunyi anjing laut (barking cough).
.
⭐️ Bila diperiksa, jelas ada bunyi semasa tarik nafas (inspiratory stridor) dan bunyi kahak. Setelah diberikan neb dan sedut kahak, alhamdulillah nampak lega sikit.
.
⭐️ Croup adalah penyakit yang disebabkan oleh virus (parainfluenza, adenovirus, RSV).
.
⭐️ Croup adalah jangkitan upper airway, berbeza dengan asthma dan bronchiolitis yang melibatkan lower airway. Jadi, virus ini menyebabkan keradangan / bengkakan pada upper airway iaitu larynx, trachea dan bronchus.
.
⭐️ Croup sering berlaku kepada kanak-kanak <6 tahun kerana diameter salur pernafasan (trachea) kanak-kanak adalah lebih sempit (lebih kurang 6mm) berbanding orang dewasa (20mm).
.
⭐️ Jadi bila berlaku keradangan / bengkakan walaupun sikit, salur pernafasan akan mudah menjadi sempit.
.
Take home message di sini, bukan semua batuk adalah lelah. Dapatkan rawatan awal sebelum menjadi parah.



#croup #pneumococcal #influenza #sedutkahak#klinikhero #wangsamaju #wangsawalk

No comments:

Post a Comment

ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...