Tuesday, December 18, 2018

Denggi (Ujian darah Rapid Test)

UJIAN POSITIF
============
• Pagi ni klinik doc didatangi oleh seorang lagi pesakit expat yang khabarnya sudah demam 4 hari lalu, muntah berulang kali dan sakit di bahagian perut. Demam tinggi sehingga mencecah 39 darjah celcius dan keadaannya sangat lemah. Kalau bomoh tengok sekali pandang dah tau sakit apa ni. Saka nyamuk. Hehe.
• Ujian darah dilakukan termasuk dengue rapid combo test. Ujian denggi ni sekejap je. Selepas 10 minit, keputusannya adalah sah 2 garisan. Bukan positif pregnant ya. Hehe. Ini namanya sah DENGGI positif. NS1 positive.
• Selepas pemeriksaan asas, doc hantar darah ke makmal. Disebabkan pesakit nampak sangat DEHYDRATED, doc masuk air IV drip 1 botol dan terus refer hospital. Sila ke hospital ya, jangan singgah Wangsa Walk pulak main bowling 1 round hehe.
• Ok, selain daripada demam tinggi, kenalpasti tanda-tanda amaran denggi seperti berikut:
1) Sakit perut
2) Muntah berterusan (3 kali atau lebih dalam sehari)
3) Cirit-birit berterusan (3 kali atau lebih dalam sehari)
4) Mudah berdarah (gusi berdarah)
5) Letih tak bermaya, dan lain-lain
• Dari segi rawatan, masih belum ada vaksin yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Rawatan yang boleh diberikan adalah supportive therapy seperti IV drip (masuk air dalam darah), dan lain-lain. Kadang - kadang ada juga pesakit denggi yang kehilangan banyak darah sehingga boleh membawa maut.
• Jika ada tanda-tanda amaran denggi seperti di atas, sila dapatkan UJIAN DENGGI dan ujian darah yang lain. Setiap saat adalah sangat berharga.
Sekian perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Klinik beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi – 10 malam
Sebarang pertanyaan tentang vaksin boleh contact Klinik Hero di talian http://www.wasap.my/60109285854 / 0367318345
Alamat : Klinik Hero, No 22-G Jalan Wangsa Delima 11, D'Wangsa, Wangsa Maju 53300 KL.
GPS coordinate : 3.197443, 101.741093
Antara panel Klinik Hero:
PM CARE
HEALTH CONNECT
PEDULI SIHAT
COMPUMED
HEALTHMETRICS
MEDILINK GLOBAL
EMAS
RED ALERT
MEDKAD
MEDSAVE
Jom sihat bersama2. Like & Share
Layari http://klinikhero.blogspot.com
Lets be our heroes.Lets be a hero.

No comments:

Post a Comment

ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...