Anak saya dah ambil vaksin pneumococcal, tapi masih dapat demam tinggi?
.
Nantikan jawapannya di akhir entry.
.
INFLUENZA
==========
Hari ni doc nak cerita sikit tentang influenza atau nama glamour nya ‘flu’. Masih ingat lagi H1N1 outbreak (atau lebih tepat pandemic) yang berlaku pada tahun 2009?
.
Influenza melibatkan jangkitan hidung tekak dan paru-paru. Bayi / toddler yang dijangkiti influenza kemungkinan besar kena admit wad kerana demam terlalu tinggi, dehydrated, kerap muntah dan kurang selera makan.
.
Influenza kebiasaannya bermula dengan demam tinggi secara mengejut dan sekurang-kurangnya 2 simptom berikut:
1) Sakit-sakit otot dan sendi
2) Sakit kepala
3) Batuk dan nafas berbunyi
4) Sakit tekak dan selesema
5) Lemah dan kurang bertenaga
6) Loya, muntah dan/atau cirit-birit
.
Influenza adalah lebih serius di kalangan kanak-kanak yang mengalami sakit kronik seperti:
1) Penyakit paru-paru kronik (e.g. asthma)
2) Penyakit jantung
3) Penyakit saraf atau metabolic
4) Penyakit hati dan buah pinggang
5) Kencing manis
.
FLU SHOT
=========
Cara paling efektif untuk mengelakkan jangkitan flu adalah dengan vaksin influenza. Vaksin influenza boleh diberi seawal umur 6 bulan. Perlu 2x suntikan kalau umur kurang daripada 9 tahun dan belum pernah ambil suntikan flu.
.
Kalau anak anda mengalami penyakit kronik seperti yang disenaraikan di atas, suntikan influenza amat digalakkan. Ahli-ahli keluarga juga digalakkan untuk ambil vaksin influenza.
.
Disebabkan virus influenza boleh bermutasi setiap tahun, maka anak perlu ambil vaksin influenza 1x setahun (batch vaksin terkini akan keluar setiap tahun).
.
Jadi, berbalik kepada soalan awal tadi.
.
Anak saya dah ambil vaksin pneumococcal, tapi masih dapat demam tinggi?
.
Pneumococcal vaccine melindungi daripada jangkitan bakteria Streptococcus pneumonia, bukan virus. Anak anda mungkin mendapat jangkitan kuman selain daripada bakteria Streptococcus. Mungkin virus influenza. Bakteria dan virus adalah kuman yang berbeza.
.
Kalau ada apa-persoalan, sila PM atau tinggalkan soalan di ruangan komen untuk manfaat semua.
.
Waktu operasi Klinik Hero:
Setiap hari jam ⏰ 8 pagi - 10 malam ⏰
☎️ Call / whatsapp: 010-928 5854 / 03-6731 8345
Jom sedut kahak di Klinik Hero Jom dpt kan vaksin pneumococcal di klinik hero. Follow fb/ig klinik hero utk info lanjut. #pneumococcal #umrah #typhoid #wangsawalk #wangsamaju #flu #hepB #sedutkahak #infanrix #6in1 #synflorix #fomema #gdl #pekaB40 #influanze #flu
Klinik Hero dibuka pada tahun 2018 khusus untuk sedut kahak, nebulizer, rawatan am, suntikan vaksin, scan 2D dgn harga RM50. Visi dan Misi kami adalah untuk memberikan servis yang terbaik dgn harga mampu milik.
Wednesday, July 3, 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)
ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik
ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...
-
UJIAN POSITIF ============ • Pagi ni klinik doc didatangi oleh seorang lagi pesakit expat yang khabarnya sudah demam 4 hari lalu, muntah...
-
ANTIVIRAL UNTUK INFLUENZA . ⭐️ Ubat antiviral seperti oseltamivir (Fluhalt / Tamiflu) digunakan untuk rawatan dan perlindungan jangkita...
-
Assalamualaikum SUNTIKAN UMRAH/ HAJI Klinik Hero, Wangsa Maju menyediakan vaksin Meninggococcal (ACYW135) untuk para jemaah Haji/ Um...