Wednesday, January 30, 2019

Vaksin 6 in 1 / 5 in 1 infanrix Klinik Hero

VAKSIN 6 in 1
===========
.
Apa itu vaksin 6 in 1?
.
⭐️ Antara vaksin yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
⭐️ Melindungi diri daripada 6 jenis penyakit iaitu diphtheria, tetanus, pertussis (batuk kokol), polio, Hib dan hepatitis B
.
Apa perbezaan antara vaksin 5 in 1 dan 6 in 1?
.
⭐️ Perbezaannya di sini, di klinik kesihatan anda perlu ambil suntikan semasa umur 2, 3, 5, dan 6 bulan
⭐️ Tetapi dengan vaksin 6 in 1, anda hanya ambil suntikan semasa umur 2, 3, dan 5 bulan sahaja
⭐️ Tidak perlu lagi ambil suntikan hepatitis B semasa umur 6 bulan kerana vaksin hepatitis B dah ada dalam vaksin 6 in 1
⭐️ Jimat masa dan jimat wang

Jom dapatkan vaksin 6 in 1 di Klinik Hero dengan HARGA PROMOSI. Tidak perlu appoinment dan menunggu lama. Ready stock 
Follow fb/ig Klinik Hero utk info lanjut.


#vaksin6in1 #vaksin5in1 #pneumococcal #umrah #typhoid #wangsawalk #wangsamaju #flu #hepB #sedutkahak #infanrix

Tuesday, January 29, 2019

Vaksin Influenza & Klinik Hero

Assalamualaikum

Harini Doc nak sembang sikit pasal Vaksin Influenza

Apakah itu vaksin Influenza?
- Influenza berlaku di seluruh dunia terutamanya di kawasan beriklim sederhana. Influenza adalah penyakit bermusim yang berlaku pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan.
Di kawasan Tropika, influenza boleh berlaku pada bila-bila masa.

Siapakah yang paling berisiko mendapat jangkitan Influenza?
- ORANG tua, kanak-kanak berumur bawah lima tahun, wanita mengandung dan individu dengan penyakit kronik lebih berisiko tinggi mendapat jangkitan influenza.

Bagaimanakah influenza boleh dijangkiti?
- INFLUENZA boleh berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang terhasil akibat batuk atau bersin

Kawasan manakah virus ini mudah tersebar?
- Selalunya negara2 yang beriklim sejuk mudah tersebar virus influenza ini.
-Virus influenza mudah merebak pada musim sejuk kerana ia suka pada suhu yang rendah

Bilakah masa yang sesuai utk mendapatkan vaksin ini sebelum bertolak ke negara luar?
-Dinasihatkan kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke luar negara yang beriklim sejuk, seeloknya dapatkanlah vaksin influenza sekurang2nya 14 hari sebelum bertolak.

credit dari page : http://www.kosmo.com.my/k2/pesona/ambil-vaksin-influenza-secara-tahunan-1.580958

Kepada sesiapa yang ingin dapatkan vaksin ini di Klinik hero, anda amat dialu-alukan. Untuk bertanya tentang vaksin dan booking, boleh terus contact nombor klinik 0109285854.


Monday, January 21, 2019

BATUK BERKAHAK Klinik Hero

BATUK BERKAHAK
================
.
Sering kali bayi atau kanak-kanak terutamanya berumur bawah 12 bulan datang ke klinik sebab batuk berkahak. Kalau kes yang teruk, ada yang nafas berbunyi kahak atau nafas laju. Kadang kala ada yang kurang minum susu sebab terlalu susah bernafas, seolah-olah lebih memerlukan udara berbanding susu.
.
Antara penyakit paru-paru yang common di kalangan bayi dan kanak-kanak adalah bronchiolitis, asthma dan pneumonia. Hari ni doc nak cerita tentang bronchiolitis.
.
Apa itu bronchiolitis?
.
💊 Jangkitan paru-paru yang disebabkan oleh virus. Virus yang paling common dipanggil RSV iaitu respiratory syncytial virus. Antibiotik tidak diperlukan bagi jangkitan virus.
.
💊 Rawatannya adalah nebuliser dan sedut kahak untuk memudahkan bayi bernafas. Pastikan anak minum air dengan cukup.
.
Bagaimana nak kenalpasti samada anak anda bernafas laju atau tak?
.
💊 Kira berapa kali anak bernafas dalam seminit. Bukan bermakna anda kena kira selama seminit ya hehe. Untuk umur bawah 12 bulan, nafas laju bermaksud melebihi 60 kali nafas seminit. Paling senang nak ingat adalah 1 nafas sesaat. Kalau 5 saat, 5 nafas, dan seterusnya.
.
💊 Kedua, perhatikan bahagian sisi dada / tulang rusuk anak anda. Kalau tulang rusuk kelihatan jelas setiap kali tarik nafas, itu bermakna anak tengah struggle untuk bernafas. Dalam bahasa medical dipanggil subcostal dan intercostal recession. Sila rujuk gambar di bawah.
.
Ada beberapa lagi cara lain, inshaAllah doc akan bincangkan dalam entry akan datang.

Sunday, January 13, 2019

FOMEMA & Klinik Hero (Foreign Workers’ Medical Examination )


Foreign Workers’ Medical Examination


Hari ni Doc nak cerita sikit bab FOMEMA. Doc berusaha keras untuk dptkan fomema ni. Nak jadikan cerita aslnya Doc apply ni pun sbb ramai yg dtg ke klinik doc tnyakan hal ni. Jadi Doc pun submit la application kepada FOMEMA.

Alhamdulillah lepas beberapa bulan application, akhirnya Klinik hero dpt jugak jadi panel utk fomema. Lama juga sebenarnya proses nak dapatkan fomema ni. Berdebar Doc nak tunggu result dari Fomema samaada klinik Doc diterima atau tak.

Kepada mereka yang ingin membawa pekerja2 utk check up disini, anda amat di alu2 kan. Kami buka setiap hari dari jam 8 pg hingga 10 mlm. Klinik Doc berada betul2 di belakang wangsa walk mall. InsyaAllah senang je jumpa. Kalau tak boleh contact Doc terus di talian 0109285854

TQ

#fomema #foreignworker #checkup #klinikhero #wangsawalk #wangsamaju #vaksin #flu #pneumococcal #sedutkahak #batuk #selsema #batukkahak #umrah #depo #typhoid #ForeignWorkers’MedicalExamination


Tuesday, January 8, 2019

SOCSO Health Screening Programme

SOCSO Health Screening Programme

Mgkn ramai yg tak tahu program ni.

1. Apa itu SOCSO Health Screening Programme - Program saringan kesihatan PERKESO
- Pemeriksaan kesihatan percuma diberi kepada orang berinsurans PERKESO bagi mengenal pasti kumpulan yang berisiko penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease-NCD).

2. Kumpulan sasaran / Siapakah yang layak
- Semua pencarum PERKESO yang aktif bekerja yang telah berumur 40 tahun dan ke atas. Baucar ini akan diberikan kepada pekerja yang mencecah umur 40 tahun setiap tahun untuk memberi peluang kepada semua pekerja menjalani saringan kesihatan percuma ini.

3. Kat mana nak buat saringan ni??
- Pemeriksaan kesihatan ini boleh dilakukan di klinik yang berdaftar melalui portal sehat PERKESO sebagai klinik panel Program Saringan Kesihatan. Pekerja boleh melayari laman web sehat.perkeso.gov.my untuk mendapatkan senarai klinik panel.

@klinikhero adalah salah 1 klinik panel HSP. Kepada mereka yg ingin melakukan ujian saringan disini, anda amat dialu-alukan. Bagus juga PERKESO buat program ni supaya kita sentiasa alert dengan kesihatan badan kita


Boleh whatsapp/call/msg/email ke 0109285854 / klinikhero@gmail.com / follow fb/ig klinikhero utk dapatkan maklumat lanjut. 



#klinikhero #wangsamaju #wangsawalk #hsp #perkeso #socso #pneumococcal #vaccine  #vaksin #vaksinumrah #umrah #sedutkahakanak #batukselsema  #batuk #sedutkahak #ctdk #synflorix

Ujian Darah All - In di Klinik Hero



Klinik Hero ada membuat servis medical check up (saringan gula,kolesterol,hati,buah pinggang,thyroid, blood group,full blood count dan lain2). Untuk test darah, disarankan untuk berpuasa dahulu dan boleh datang jam 8pg di Klinik Hero. Result darah biasanya akan diperolehi keesokan harinya dan pihak klinik akan maklumkan kepada anda.

Lakukan pemeriksaan kesihatan anda secara berkala kerana mencegah itu lebih baik dari merawat.

#klinikhero #wangsamaju #wangsawalk #vaccine #vaksin #pneumococcal #batukselsema  #batuk #sedutkahakanak #sedutkahak #darah #cholesterol #medicalcheckup #healthscreening #bloodtest

ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...