Harini Doc nak sembang sikit pasal Vaksin Influenza
Apakah itu vaksin Influenza?
- Influenza berlaku di seluruh dunia terutamanya di kawasan beriklim sederhana. Influenza adalah penyakit bermusim yang berlaku pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan.
Di kawasan Tropika, influenza boleh berlaku pada bila-bila masa.
Siapakah yang paling berisiko mendapat jangkitan Influenza?
- ORANG tua, kanak-kanak berumur bawah lima tahun, wanita mengandung dan individu dengan penyakit kronik lebih berisiko tinggi mendapat jangkitan influenza.
Bagaimanakah influenza boleh dijangkiti?
- INFLUENZA boleh berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang terhasil akibat batuk atau bersin
Kawasan manakah virus ini mudah tersebar?
- Selalunya negara2 yang beriklim sejuk mudah tersebar virus influenza ini.
-Virus influenza mudah merebak pada musim sejuk kerana ia suka pada suhu yang rendah
Bilakah masa yang sesuai utk mendapatkan vaksin ini sebelum bertolak ke negara luar?
-Dinasihatkan kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke luar negara yang beriklim sejuk, seeloknya dapatkanlah vaksin influenza sekurang2nya 14 hari sebelum bertolak.
credit dari page : http://www.kosmo.com.my/k2/pesona/ambil-vaksin-influenza-secara-tahunan-1.580958
No comments:
Post a Comment