BATUK BERKAHAK
================
.
Sering kali bayi atau kanak-kanak terutamanya berumur bawah 12 bulan datang ke klinik sebab batuk berkahak. Kalau kes yang teruk, ada yang nafas berbunyi kahak atau nafas laju. Kadang kala ada yang kurang minum susu sebab terlalu susah bernafas, seolah-olah lebih memerlukan udara berbanding susu.
.
Antara penyakit paru-paru yang common di kalangan bayi dan kanak-kanak adalah bronchiolitis, asthma dan pneumonia. Hari ni doc nak cerita tentang bronchiolitis.
.
Apa itu bronchiolitis?
.
💊 Jangkitan paru-paru yang disebabkan oleh virus. Virus yang paling common dipanggil RSV iaitu respiratory syncytial virus. Antibiotik tidak diperlukan bagi jangkitan virus.
.
💊 Rawatannya adalah nebuliser dan sedut kahak untuk memudahkan bayi bernafas. Pastikan anak minum air dengan cukup.
.
Bagaimana nak kenalpasti samada anak anda bernafas laju atau tak?
.
💊 Kira berapa kali anak bernafas dalam seminit. Bukan bermakna anda kena kira selama seminit ya hehe. Untuk umur bawah 12 bulan, nafas laju bermaksud melebihi 60 kali nafas seminit. Paling senang nak ingat adalah 1 nafas sesaat. Kalau 5 saat, 5 nafas, dan seterusnya.
.
💊 Kedua, perhatikan bahagian sisi dada / tulang rusuk anak anda. Kalau tulang rusuk kelihatan jelas setiap kali tarik nafas, itu bermakna anak tengah struggle untuk bernafas. Dalam bahasa medical dipanggil subcostal dan intercostal recession. Sila rujuk gambar di bawah.
.
Ada beberapa lagi cara lain, inshaAllah doc akan bincangkan dalam entry akan datang.

No comments:
Post a Comment