Tuesday, January 8, 2019

SOCSO Health Screening Programme

SOCSO Health Screening Programme

Mgkn ramai yg tak tahu program ni.

1. Apa itu SOCSO Health Screening Programme - Program saringan kesihatan PERKESO
- Pemeriksaan kesihatan percuma diberi kepada orang berinsurans PERKESO bagi mengenal pasti kumpulan yang berisiko penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease-NCD).

2. Kumpulan sasaran / Siapakah yang layak
- Semua pencarum PERKESO yang aktif bekerja yang telah berumur 40 tahun dan ke atas. Baucar ini akan diberikan kepada pekerja yang mencecah umur 40 tahun setiap tahun untuk memberi peluang kepada semua pekerja menjalani saringan kesihatan percuma ini.

3. Kat mana nak buat saringan ni??
- Pemeriksaan kesihatan ini boleh dilakukan di klinik yang berdaftar melalui portal sehat PERKESO sebagai klinik panel Program Saringan Kesihatan. Pekerja boleh melayari laman web sehat.perkeso.gov.my untuk mendapatkan senarai klinik panel.

@klinikhero adalah salah 1 klinik panel HSP. Kepada mereka yg ingin melakukan ujian saringan disini, anda amat dialu-alukan. Bagus juga PERKESO buat program ni supaya kita sentiasa alert dengan kesihatan badan kita


Boleh whatsapp/call/msg/email ke 0109285854 / klinikhero@gmail.com / follow fb/ig klinikhero utk dapatkan maklumat lanjut. 



#klinikhero #wangsamaju #wangsawalk #hsp #perkeso #socso #pneumococcal #vaccine  #vaksin #vaksinumrah #umrah #sedutkahakanak #batukselsema  #batuk #sedutkahak #ctdk #synflorix

No comments:

Post a Comment

ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...