Thursday, October 31, 2019

CROUP



CROUP
.
⭐️ Dianggarkan lebih kurang 15% jangkitan saluran pernafasan adalah disebabkan jangkitan kroup (croup).
.
⭐️ Ia juga dikenali sebagai akut laryngotrakeobronkitis, iaitu jangkitan di saluran larink, trakea dan bronkus.


.
PENCEGAHAN
.
⭐️ Prinsip asas adalah penjagaan kebersihan dan nutrisi yang baik. Imunisasi seperti Influenza boleh mengurangkan risiko jangkitan.
.
⭐️ Mengenal tanda-tanda awal jangkitan dan mendapatkan rawatan awal adalah penting untuk mencegah masalah kekurangan oksigen yang serius.
.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi / whatsapp:
☎️ 010-928 5854
☎️ 03-6731 8345
.


Thursday, October 24, 2019

Promosi Vaksin Umrah 2019 @ KlinikHero

Assalamualaikum.

Kepada pembaca/pesakit/follower Klinik Hero. Kami ingin war-warkan kami ada buat promosi Vaksin Umrah sehingga hujung tahun sementara stok masih ada.

RM128 termasuk consultation dan buku vaksin

Semoga lebih ramai para jemaah boleh dapatkan suntikan dan doakan klinik kami berjaya.

Boleh contact : +60 10-928 5854 untuk pertanyaan

TQ semua

Wednesday, October 16, 2019

GOUT @ KlinikHero


GOUT (PART 1)
.
🔈 Hari ni doc nak berkongsi sikit ilmu mengenai penyakit gout.
.
🔈 Memandangkan cuti raya haji dah nak dekat dan semua orang dah terliur nak makan daging all you can eat ala-ala seoul garden (walaupun kat rumah takde garden dan tak tinggal kat Seoul) 🤣🤣🤣
.
🔈 Gout kebiasaannya berlaku kat sendi-sendi kecil / extremities seperti ibu jari kaki. Tetapi gout boleh juga berlaku di sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, siku dan pergelangan tangan.
.
🔈 Gout berlaku apabila URIC ACID, iaitu bahan buangan, berkumpul di dalam darah dan membentuk urate crystals di bahagian sendi.
.
🔈 Badan kita menghasilkan URIC ACID apabila ia memproses purines, iaitu bahan yang ada di dalam makanan.
.
🔈 URIC ACID biasanya diproses oleh buah pinggang dan keluar daripada badan melalui air kencing.
.
🔈 Tapi kalau URIC ACID terlampau banyak, buah pinggang dah tak mampu nak keluarkan semua URIC ACID, maka URIC ACID akan berkumpul dalam darah dan pergi ke sendi sebagai urate crystal.
.


🔈 Siapakah yang berisiko mendapat gout?
1. Lelaki
2. Sejarah keluarga gout
3. Kandungan URIC ACID yang tinggi dalam darah
4. Alcohol
5. Makan makanan tinggi purine seperti daging, kerang, hati, limpa
6. Berat badan berlebihan (overweight, obese)
7. Menggunakan ubat diuretics
8. Ada kencing manis, darah tinggi atau kolesterol tinggi
9. Pesakit buah pinggang
10. Diet mengejut (crash diet)
.
🔈 Apakah simptom-simptom gout?
1. Sakit sendi
2. Sendi membengkak
3. Kulit kemerahan dan panas apabila disentuh
4. Tophi (benjolan di bawah kulit)








GOUT (PART 2)
.
💊 Sambungan daripada entry sebelum ni.
.
💊 Bagaimana cara untuk mengelakkan gout daripada berulang?
1. Kekalkan berat badan ideal. BMI 20 ke 25 (paling elok BMI 18 ke 23 bagi Asians). Turunkan berat badan secara perlahan-lahan.
2. Minum air kosong dan elakkan dehidrasi.
3. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan purines. Purines menyumbang kepada uric acid dan seterusnya gout. Sila rujuk gambar makanan tinggi purines.
4. Kerap bersenam (sekurang-kurangya 20 minit, 3 kali seminggu).
.
💊 Apakah rawatan gout?
1. Painkiller seperti NSAIDs, colchicine, corticosteroids (injection atau tablet)
2. Ubat untuk mengurangkan uric acid seperti allopurinol, febuxostat, probenecid
.
💊 Ramai orang yang takut untuk ambil painkiller seperti NSAIDs (ponstan, voltaren dan lain-lain) sebab kesan sampingan.
.
💊 Apakah kesan sampingan NSAIDs? Benarkah NSAIDs berbahaya? Doc akan cerita dalam entry seterusnya.


#klinikhero #wangsamaju #wangsawalk #gout

MARI KENALI JENIS-JENIS BATUK

MARI KENALI JENIS-JENIS BATUK
.
1. Batuk kering (Dry cough)
- Tanda-tanda batuk kering: tiada kahak, kegatalan pada
tekak, suara bertukar menjadi garau dan boleh
mengakibatkan hilang suara.
- Punca batuk kering: jangkitan virus di tekak, menghidapi
asma/lelah, habuk/jerebu/bahan kimia/asap rokok, kesan
sampingan ubat.
.
2. Batuk basah (Wet cough)
- Tanda-tanda batuk basah: berkahak, rasa sesak dada
(tight chest) bila batuk.
- Punca batuk basah: jangkitan bakteria di tekak,
pneumonia, post-nasal drip.
.
Kalau batuk masih berterusan untuk beberapa minggu / bulan, sila dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.

BEGUK / MUMPS

BEGUK / MUMPS
.
🔈 Beguk adalah penyakit yang berpunca daripada virus mumps. Ia merebak melalui air liur / hingus apabila seseorang itu batuk, bersin atau hanya bercakap dengan seseorang.
.
🔈 Elakkan berkongsi pinggan/mangkuk/sudu/ garfu dengan seseorang yang mengalami beguk. Jaga hygiene anda dan basuh tangan sekurang-kurangnya selama 20 saat.
.
❓❓❓Anak saya dah dapat vaksin MMR tapi masih dapat penyakit beguk. Adakah vaksin MMR tak berfungsi?🤔🤔🤔
.
🔈 Vaksin MMR mengelakkan kebanyakan, tetapi bukan semua penyakit beguk dan komplikasinya.
.
🔈 Anak yang menerima 2 dos vaksin MMR (semasa umur 9 bulan dan 12 bulan) adalah 9 kali lebih selamat berbanding anak yang langsung tak terima vaksin MMR.
.
🔈 Hanya segelintir orang yang telah menerima 2 dos vaksin MMR masih boleh dijangkiti beguk, terutamanya jika mereka sangat terdedah kepada virus mumps.
.
🔈 Mereka yang telah dapat vaksin MMR akan mengalami penyakit yang jauh kurang serius berbanding mereka yang langsung tak divaksinkan.
.

SAKIT TEKAK KANAK-KANAK

SAKIT TEKAK
.
💊 Bayi dan kanak-kanak pada suatu masa akan mengalami sakit tekak (biasanya selepas musim cuti)
.
💊 Anak-anak akan merengek, tak nak makan/minum dan air liur asyik meleleh disebabkan oleh ulcer mulut.
.
💊 Tanda awal anak anda tak sihat adalah sakit tekak. Sakit tekak kebiasaannya berpunca daripada jangkitan virus (rhinovirus) atau jangkitan bakteria (strep throat).
.
💊 Punca lain adalah alahan, asap rokok, pencemaran udara dan udara kering.
.
------------------------------------------------------


💊 Apa yang patut saya buat?

1. Kalau anak berumur 6 bulan ke atas, boleh bagi air sejuk atau ais krim untuk melegakan kesakitan.

2. Elakkan dehydration. Minum air sedikit demi sedikit tetapi kerap.

3. Gunakan air humidifier atau mist vaporiser dalam rumah untuk mengelakkan tekak daripada kering. Pastikan filter dalam air humidifier dibersihkan dengan kerap.

4. Bagi ubat kumur, ubat lozenge atau spray tekak untuk mengurangkan keradangan tekak.
.
------------------------------------------------------

💊 Tetapi kalau keadaan semakin teruk, terus bawa ke klinik / hospital berdekatan terutamanya kalau ada tanda-tanda berikut:

1. Sukar untuk menelan atau bernafas

2. Sakit tekak berpanjangan >5 hari

3. Air liur berlebihan

4. Nanah atau ulcer dalam tekak

5. Batuk atau kahak berdarah

6. Dehydration ‼️ sangat lemah, tak aktif, kurang kencing (atau lampin lambat basah)
.
Antibiotik hanya diberikan jika ada jangkitan bakteria (Strep throat).


BAYI / KANAK-KANAK SEMBELIT


⭐️ BAYI / KANAK-KANAK SEMBELIT
.
Salah satu penyakit yang sering dialami oleh bayi atau kanak-kanak adalah sembelit. Selalunya parents akan bertanya adakah usus anak saya normal?
.
⭐️ SIMPTOM DAN TANDA AWAL
.
Kadang kala sembelit akan berlaku selepas anak mengalami sakit tertentu (demam, diarrhea), atau apabila anak mula makan makanan pejal.
.
Sembelit akan menyebabkan sakit perut, kurang selera makan, soiling (terberak tanpa sedar) dan mungkin anal tear (luka di bahagian anus).
.
⭐️ APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN?
.
1. Pemakanan


- Makanan serat / fiber tinggi (sayur dan buah) at least 2 - 3 hidangan sehari dan minum air secukupnya
.
2. Duduk dengan kerap

- Galakkan anak anda duduk atau mencangkung atas toilet seat selama 5 minit, selepas makan (sila rujuk gambar di bawah)
.
3. Ubat lawas berak

- Contohnya Nophalac / lactulose atau ravin enema (‘ubat picit’)

- Ubat lawas berak perlu diberikan beberapa minggu dan bukan beberapa hari sahaja

- Tiada kesan jangka masa panjang jika ambil ubat lawas berak
.
Dalam kes-kes tertentu sahaja pesakit akan dirujuk kepada doktor pakar.
.
Kurang daripada 5% kanak-kanak yang mengalami sembelit memerlukan ujian selanjutnya seperti Xray atau biopsy usus.

ubat makan

ubat picit

VAKSIN UNTUK PERJALANAN

VAKSIN UNTUK PERJALANAN
.
Sekarang dah bulan September. Cuti sekolah pun dah nak dekat. Dah ada plan nak pergi melancong? Ke Jepun? Korea? Eropah? Atau hanya ke rumah Opah? 😁😁
.
Dan kalau nak pergi umrah, doc nasihat jangan lupa untuk ambil vaksin ye.
.
Disebabkan ramai yg nak tnya tentang vaksin,Doc buat 1 link whatsapp untuk memudahkan pesakit doc bertanyakan soalan
Vaksin umrah : wasap.my/+60109285854/vaksinumrah
Vaksin pneumococcal : wasap.my/+60109285854/vaksinpneumococcal
Vaksin 6in1 : wasap.my/+60109285854/vaksin6in1
Vaksin Flu : wasap.my/+60109285854/vaksinflu
Vaksin Typhoid : wasap.my/+60109295854/vaksintyphoid
.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi / whatsapp:
☎️ 010-928 5854
☎️ 03-6731 8345



KISAH SI HERO KECIL

KISAH SI HERO KECIL
.
🔈 Hari ni doc nak kongsi sedikit kisah Jarrod, seorang hero berumur 4 tahun yang mengalami jangkitan darah (septicaemia).
.
🔈 Bermula dengan demam tinggi dan ruam, diikuti dengan sakit kaki kanan.
.
🔈 Keadaan Jarrod semakin hari semakin teruk hingga akhirnya dimasukkan ke ICU selama 24 hari (8 hari induced coma dan life support).
.
🔈 Puncanya adalah jangkitan darah yang disebabkan oleh bakteria GABHS.
.
🔈 GABHS atau nama penuhnya Group A beta-haemolytic Streptococcus adalah penyebab utama jangkitan tekak dan juga penyakit Scarlet fever dan necrotising fasciitis (jangkitan isi/bawah kulit).
.
🔈 Simptom-simptom nya menyerupai jangkitan virus biasa. Kalau dikesan lebih awal, jangkitan GABHS boleh dirawat awal dengan antibiotik.
.
🔈 Untuk kes-kes tertentu (contohnya macam kisah Jarrod), GABHS boleh menyebabkan penyakit AUTOIMUN iaitu:
1) post strep glomerulonephritis (penyakit buah pinggang)
2) rheumatic fever (affect jantung, otak, sendi dan kulit)
.
🔈 Apabila jangkitan darah berlaku, imun badan akan menghasilkan chemical untuk melawan jangkitan kuman.
.
🔈 Fenomena ini (SEPSIS) berlaku secara natural, di mana chemical yang dihasilkan akan menyebabkan keradangan dan menyerang tisu dan organ yang sihat.
.
🔈 Dalam erti kata lain, badan kita bukan hanya menyerang jangkitan kuman, malah ia mula menyerang diri sendiri (AUTOIMUN).
.
🔈 Apabila AUTOIMUN berlaku, organ-organ penting seperti buah pinggang akan mula ‘shutdown’ seperti macam kisah Jarrod.
.
⭐️ Nasihat doc di sini, dapatkan rawatan awal jika keadaan anak tak sihat.
.
⭐️ Bukan semua demam tinggi dan ruam merah adalah jangkitan virus, sebahagiannya adalah disebabkan oleh Scarlet fever dan boleh dirawat dengan antibiotik.

INTUSSUSCEPTION

INTUSSUSCEPTION
.
🔈 Masalah usus yang selalunya berlaku pada usia 2 bulan hingga 2 tahun
.
🔈 Simptom utamanya adalah sakit perut berulang-ulang (on and off), muntah, berak berdarah (red currant jelly stool, *lihat gambar di bawah) dan cirit-birit
.
🔈 Dalam kes tertentu, anak anda mungkin mengalami INTUSSUSCEPTION
.
🔈 Intussusception bermaksud usus berlipat dan masuk ke dalam usus sendiri seperti teleskop (*lihat gambar di bawah)
.
🔈 Jika dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan usus tersumbat (bowel obstruction) -> saluran darah usus tersumbat (venous congestion) -> usus mati dan jadi hitam (bowel ischaemia)
.
🔈 Dalam kes tertentu, ia boleh menyebabkan kebocoran usus (bowel perforation) -> jangkitan kuman dalam ‘peritoneum’ (peritonitis), atau dalam bahasa pasar nya, jangkitan ‘perut’ 😨
.
🔈 Apakah punca intussusception?
.
🔈 90% punca adalah idiopathic, atau dalam bahasa Kelantan nya, unknown. Pehey dok? 😁




TERCEKIK TULANG IKAN

TERCEKIK TULANG IKAN
.
⭐️ Aduh, sakitnya kalau tercekik tulang ikan. Sampai nak telan air liur pun terasa sakitnya.
.
⭐️ Tulang ikan dalam tekak boleh dibuang dengan forcep di klinik biasa.
.
⭐️ Tapi kalau stuck di bahagian yang lebih dalam seperti larynx atau voice box, ia perlu dibuang under general anaesthesia ('full bius').
.
⭐️ Tulang ikan yang dibiarkan terlalu lama akan menyebabkan jangkitan dalam tekak, atau tulang ikan mungkin masuk lebih dalam. Bahaya! 😨
.
⭐️ Untuk mengelakkan kejadian tercekik tulang ikan, ikuti 3 tips penting ini:
.
1) Asingkan tulang ikan dalam pinggan sebelum makan
.
2) Elakkan makan ikan terlalu cepat atau bercakap/gelak sakan semasa makan
.
3) Elakkan makan ikan yang ada tulang 🤣🤣🤣





.
#TulangIkan #klinikhero #wangsamaju #wangsawalk

ANTIVIRAL UNTUK INFLUENZA


ANTIVIRAL UNTUK INFLUENZA
.
⭐️ Ubat antiviral seperti oseltamivir (Fluhalt / Tamiflu) digunakan untuk rawatan dan perlindungan jangkitan influenza.
.
⭐️ Ubat antiviral ini digunakan untuk mengurangkan tempoh mengalami simptom seperti demam, sakit kepala, sakit sendi, batuk dan sakit tekak.
.
⭐️ Rawatan awal amatlah digalakkan iaitu dalam tempoh 48 jam gejala bermula. Sekiranya rawatan dimulakan awal, ia lebih berkesan kerana keterukan dan tempoh simptom penyakit berkurangan.
.
⭐️ Ubat-ubatan ini tidak disyorkan sebagai ubat rutin bagi rawatan pencegahan (profilaksis) terhadap jangkitan influenza.
.
⭐️ Walau bagaimanapun, ubat-ubatan ini boleh digunakan sebagai rawatan pencegahan terutamanya pada waktu berlaku wabak dan tidak ramai penduduk di kawasan tersebut menerima vaksin influenza.
.
⭐️ Apa-apa pun, dapatkan suntikan influenza / flu sebagai langkah pencegahan terbaik.
.
⭐️ Setahun hanya 1x suntikan. Untuk kanak-kanak berumur < 9 tahun dan pertama kali ambil suntikan, perlu 2x suntikan, gap 4 minggu. Tahun seterusnya hanya 1x suntikan setahun.
.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi / whatsapp:


☎️ 010-928 5854
☎️ 03-6731 8345
.
#pneumococcal #influenza #flu #prevenar #synflorix #klinikhero #wangsamaju #wangsawalk

ASTHMA / ASMA / LELAH

ASTHMA / ASMA / LELAH
.
Cara terbaik untuk melegakan serangan asthma adalah dengan cara sedutan (inhalation), iaitu dengan nebuliser atau inhaler.
.
Untuk kanak-kanak <12 tahun, gunakan spacer / aerochamber / optichamber bersama dengan inhaler.
.
Untuk umur <4 tahun, gunakan spacer + face mask.
.
Gunakan inhaler dan spacer dengan cara yang betul (rujuk video di bawah).


Jom sedut kahak di Klinik Hero Jom dpt kan vaksin pneumococcal di klinik hero. Follow fb/ig klinik hero utk info lanjut. #pneumococcal #umrah #typhoid #wangsawalk #wangsamaju #flu #hepB #sedutkahak #infanrix #6in1 #synflorix #gdl #fomema #pekaB40

NASAL SPRAY


NASAL SPRAY
.
Nasal spray selalunya diberikan kalau ada masalah selesema / hidung tersumbat / sinusitis / resdung.
.
Kalau cara penggunaan salah, titisan spray boleh sampai ke belakang tekak dan menyebabkan tekak berasa pahit
.
Cara penggunaan nasal spray yang betul adalah seperti berikut (lihat video di bawah):
.
1) Hembus keluar hingus
.
2) Goncang botol dan buka penutup
.
3) Tekan nasal spray beberapa kali untuk keluarkan udara
.
4) Tunduk sikit kepala ke depan seperti tengah baca buku / tengok kaki
.
5) Masukkan muncung spray ke dalam hidung kiri dan aim muncung spray ke bahagian kiri hidung


*ini kerana bahagian tengah hidung (septum) ada banyak saluran darah dan mudah kena irritation -> berdarah
.
6)Spray 1 atau 2 kali ke dalam hidung kiri
.
7) Ulang langkah yang sama untuk hidung kanan, dan kali ni aim muncung spray ke bahagian kanan
.
8) Biarkan selama 10 minit supaya hingus mudah cair dan keluar.
.
Jangan sedut hidung terlalu kuat untuk mengelakkan ubat drip ke bahagian belakang tekak
.
Mudah je kan
.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi / whatsapp:
☎️ 010-928 5854
☎️ 03-6731 8345

ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...