Wednesday, October 16, 2019

GOUT @ KlinikHero


GOUT (PART 1)
.
🔈 Hari ni doc nak berkongsi sikit ilmu mengenai penyakit gout.
.
🔈 Memandangkan cuti raya haji dah nak dekat dan semua orang dah terliur nak makan daging all you can eat ala-ala seoul garden (walaupun kat rumah takde garden dan tak tinggal kat Seoul) 🤣🤣🤣
.
🔈 Gout kebiasaannya berlaku kat sendi-sendi kecil / extremities seperti ibu jari kaki. Tetapi gout boleh juga berlaku di sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, siku dan pergelangan tangan.
.
🔈 Gout berlaku apabila URIC ACID, iaitu bahan buangan, berkumpul di dalam darah dan membentuk urate crystals di bahagian sendi.
.
🔈 Badan kita menghasilkan URIC ACID apabila ia memproses purines, iaitu bahan yang ada di dalam makanan.
.
🔈 URIC ACID biasanya diproses oleh buah pinggang dan keluar daripada badan melalui air kencing.
.
🔈 Tapi kalau URIC ACID terlampau banyak, buah pinggang dah tak mampu nak keluarkan semua URIC ACID, maka URIC ACID akan berkumpul dalam darah dan pergi ke sendi sebagai urate crystal.
.


🔈 Siapakah yang berisiko mendapat gout?
1. Lelaki
2. Sejarah keluarga gout
3. Kandungan URIC ACID yang tinggi dalam darah
4. Alcohol
5. Makan makanan tinggi purine seperti daging, kerang, hati, limpa
6. Berat badan berlebihan (overweight, obese)
7. Menggunakan ubat diuretics
8. Ada kencing manis, darah tinggi atau kolesterol tinggi
9. Pesakit buah pinggang
10. Diet mengejut (crash diet)
.
🔈 Apakah simptom-simptom gout?
1. Sakit sendi
2. Sendi membengkak
3. Kulit kemerahan dan panas apabila disentuh
4. Tophi (benjolan di bawah kulit)








GOUT (PART 2)
.
💊 Sambungan daripada entry sebelum ni.
.
💊 Bagaimana cara untuk mengelakkan gout daripada berulang?
1. Kekalkan berat badan ideal. BMI 20 ke 25 (paling elok BMI 18 ke 23 bagi Asians). Turunkan berat badan secara perlahan-lahan.
2. Minum air kosong dan elakkan dehidrasi.
3. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan purines. Purines menyumbang kepada uric acid dan seterusnya gout. Sila rujuk gambar makanan tinggi purines.
4. Kerap bersenam (sekurang-kurangya 20 minit, 3 kali seminggu).
.
💊 Apakah rawatan gout?
1. Painkiller seperti NSAIDs, colchicine, corticosteroids (injection atau tablet)
2. Ubat untuk mengurangkan uric acid seperti allopurinol, febuxostat, probenecid
.
💊 Ramai orang yang takut untuk ambil painkiller seperti NSAIDs (ponstan, voltaren dan lain-lain) sebab kesan sampingan.
.
💊 Apakah kesan sampingan NSAIDs? Benarkah NSAIDs berbahaya? Doc akan cerita dalam entry seterusnya.


#klinikhero #wangsamaju #wangsawalk #gout

No comments:

Post a Comment

ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...