Wednesday, October 16, 2019

BEGUK / MUMPS

BEGUK / MUMPS
.
🔈 Beguk adalah penyakit yang berpunca daripada virus mumps. Ia merebak melalui air liur / hingus apabila seseorang itu batuk, bersin atau hanya bercakap dengan seseorang.
.
🔈 Elakkan berkongsi pinggan/mangkuk/sudu/ garfu dengan seseorang yang mengalami beguk. Jaga hygiene anda dan basuh tangan sekurang-kurangnya selama 20 saat.
.
❓❓❓Anak saya dah dapat vaksin MMR tapi masih dapat penyakit beguk. Adakah vaksin MMR tak berfungsi?🤔🤔🤔
.
🔈 Vaksin MMR mengelakkan kebanyakan, tetapi bukan semua penyakit beguk dan komplikasinya.
.
🔈 Anak yang menerima 2 dos vaksin MMR (semasa umur 9 bulan dan 12 bulan) adalah 9 kali lebih selamat berbanding anak yang langsung tak terima vaksin MMR.
.
🔈 Hanya segelintir orang yang telah menerima 2 dos vaksin MMR masih boleh dijangkiti beguk, terutamanya jika mereka sangat terdedah kepada virus mumps.
.
🔈 Mereka yang telah dapat vaksin MMR akan mengalami penyakit yang jauh kurang serius berbanding mereka yang langsung tak divaksinkan.
.

No comments:

Post a Comment

ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...