Wednesday, October 16, 2019

SAKIT TEKAK KANAK-KANAK

SAKIT TEKAK
.
💊 Bayi dan kanak-kanak pada suatu masa akan mengalami sakit tekak (biasanya selepas musim cuti)
.
💊 Anak-anak akan merengek, tak nak makan/minum dan air liur asyik meleleh disebabkan oleh ulcer mulut.
.
💊 Tanda awal anak anda tak sihat adalah sakit tekak. Sakit tekak kebiasaannya berpunca daripada jangkitan virus (rhinovirus) atau jangkitan bakteria (strep throat).
.
💊 Punca lain adalah alahan, asap rokok, pencemaran udara dan udara kering.
.
------------------------------------------------------


💊 Apa yang patut saya buat?

1. Kalau anak berumur 6 bulan ke atas, boleh bagi air sejuk atau ais krim untuk melegakan kesakitan.

2. Elakkan dehydration. Minum air sedikit demi sedikit tetapi kerap.

3. Gunakan air humidifier atau mist vaporiser dalam rumah untuk mengelakkan tekak daripada kering. Pastikan filter dalam air humidifier dibersihkan dengan kerap.

4. Bagi ubat kumur, ubat lozenge atau spray tekak untuk mengurangkan keradangan tekak.
.
------------------------------------------------------

💊 Tetapi kalau keadaan semakin teruk, terus bawa ke klinik / hospital berdekatan terutamanya kalau ada tanda-tanda berikut:

1. Sukar untuk menelan atau bernafas

2. Sakit tekak berpanjangan >5 hari

3. Air liur berlebihan

4. Nanah atau ulcer dalam tekak

5. Batuk atau kahak berdarah

6. Dehydration ‼️ sangat lemah, tak aktif, kurang kencing (atau lampin lambat basah)
.
Antibiotik hanya diberikan jika ada jangkitan bakteria (Strep throat).


1 comment:

  1. Info yang sangat membantu. Boleh dijadikan rujukan untuk masa akan datang. Saya ada terjumpa juga satu artikel ni, mengenai punca sakit tekak dan cara mengatasinya. Mungkin anda boleh rujuk pada link disini https://rolledicecreammix.com/is-ice-cream-bad-for-sore-throat/

    ReplyDelete

ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...