.
🔈 Hari ni doc nak kongsi sedikit kisah Jarrod, seorang hero berumur 4 tahun yang mengalami jangkitan darah (septicaemia).
.
🔈 Bermula dengan demam tinggi dan ruam, diikuti dengan sakit kaki kanan.
.
🔈 Keadaan Jarrod semakin hari semakin teruk hingga akhirnya dimasukkan ke ICU selama 24 hari (8 hari induced coma dan life support).
.
🔈 Puncanya adalah jangkitan darah yang disebabkan oleh bakteria GABHS.
.
🔈 GABHS atau nama penuhnya Group A beta-haemolytic Streptococcus adalah penyebab utama jangkitan tekak dan juga penyakit Scarlet fever dan necrotising fasciitis (jangkitan isi/bawah kulit).
.
🔈 Simptom-simptom nya menyerupai jangkitan virus biasa. Kalau dikesan lebih awal, jangkitan GABHS boleh dirawat awal dengan antibiotik.
.
🔈 Untuk kes-kes tertentu (contohnya macam kisah Jarrod), GABHS boleh menyebabkan penyakit AUTOIMUN iaitu:
1) post strep glomerulonephritis (penyakit buah pinggang)
2) rheumatic fever (affect jantung, otak, sendi dan kulit)
.
🔈 Apabila jangkitan darah berlaku, imun badan akan menghasilkan chemical untuk melawan jangkitan kuman.
.
🔈 Fenomena ini (SEPSIS) berlaku secara natural, di mana chemical yang dihasilkan akan menyebabkan keradangan dan menyerang tisu dan organ yang sihat.
.
🔈 Dalam erti kata lain, badan kita bukan hanya menyerang jangkitan kuman, malah ia mula menyerang diri sendiri (AUTOIMUN).
.
🔈 Apabila AUTOIMUN berlaku, organ-organ penting seperti buah pinggang akan mula ‘shutdown’ seperti macam kisah Jarrod.
.
⭐️ Nasihat doc di sini, dapatkan rawatan awal jika keadaan anak tak sihat.
.
⭐️ Bukan semua demam tinggi dan ruam merah adalah jangkitan virus, sebahagiannya adalah disebabkan oleh Scarlet fever dan boleh dirawat dengan antibiotik.
No comments:
Post a Comment