Wednesday, October 16, 2019

NASAL SPRAY


NASAL SPRAY
.
Nasal spray selalunya diberikan kalau ada masalah selesema / hidung tersumbat / sinusitis / resdung.
.
Kalau cara penggunaan salah, titisan spray boleh sampai ke belakang tekak dan menyebabkan tekak berasa pahit
.
Cara penggunaan nasal spray yang betul adalah seperti berikut (lihat video di bawah):
.
1) Hembus keluar hingus
.
2) Goncang botol dan buka penutup
.
3) Tekan nasal spray beberapa kali untuk keluarkan udara
.
4) Tunduk sikit kepala ke depan seperti tengah baca buku / tengok kaki
.
5) Masukkan muncung spray ke dalam hidung kiri dan aim muncung spray ke bahagian kiri hidung


*ini kerana bahagian tengah hidung (septum) ada banyak saluran darah dan mudah kena irritation -> berdarah
.
6)Spray 1 atau 2 kali ke dalam hidung kiri
.
7) Ulang langkah yang sama untuk hidung kanan, dan kali ni aim muncung spray ke bahagian kanan
.
8) Biarkan selama 10 minit supaya hingus mudah cair dan keluar.
.
Jangan sedut hidung terlalu kuat untuk mengelakkan ubat drip ke bahagian belakang tekak
.
Mudah je kan
.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi / whatsapp:
☎️ 010-928 5854
☎️ 03-6731 8345

No comments:

Post a Comment

ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...