Wednesday, October 16, 2019

BAYI / KANAK-KANAK SEMBELIT


⭐️ BAYI / KANAK-KANAK SEMBELIT
.
Salah satu penyakit yang sering dialami oleh bayi atau kanak-kanak adalah sembelit. Selalunya parents akan bertanya adakah usus anak saya normal?
.
⭐️ SIMPTOM DAN TANDA AWAL
.
Kadang kala sembelit akan berlaku selepas anak mengalami sakit tertentu (demam, diarrhea), atau apabila anak mula makan makanan pejal.
.
Sembelit akan menyebabkan sakit perut, kurang selera makan, soiling (terberak tanpa sedar) dan mungkin anal tear (luka di bahagian anus).
.
⭐️ APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN?
.
1. Pemakanan


- Makanan serat / fiber tinggi (sayur dan buah) at least 2 - 3 hidangan sehari dan minum air secukupnya
.
2. Duduk dengan kerap

- Galakkan anak anda duduk atau mencangkung atas toilet seat selama 5 minit, selepas makan (sila rujuk gambar di bawah)
.
3. Ubat lawas berak

- Contohnya Nophalac / lactulose atau ravin enema (‘ubat picit’)

- Ubat lawas berak perlu diberikan beberapa minggu dan bukan beberapa hari sahaja

- Tiada kesan jangka masa panjang jika ambil ubat lawas berak
.
Dalam kes-kes tertentu sahaja pesakit akan dirujuk kepada doktor pakar.
.
Kurang daripada 5% kanak-kanak yang mengalami sembelit memerlukan ujian selanjutnya seperti Xray atau biopsy usus.

ubat makan

ubat picit

No comments:

Post a Comment

ALLERGIC BLOOD TEST --- Test Drh untuk allergik

ALLERGIC BLOOD TEST Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif yang lebih daripada normal (...